Institusi Pendidikan
merupakan salah satu sistem yang sering digunapakai oleh semua negara di dunia.
Sistem ini menjadi tonggak utama bagi sesebuah negara dalam mencerminkan tahap
pengetahuan masyarakat di negara itu sendiri. Oleh itu, maklumat yang ingin kami
sampaikan pada kali ini adalah berkaitan dengan Perkembangan Institusi Pendidikan di Perancis.
Negara Perancis merupakan salah sebuah negara yang
terletak di Benua Eropah. Perkembangan sistem pendidikan banyak dipengaruhi
oleh perubahan yang berlaku semasa Zaman Renaisans. Zaman ini telah melahirkan
golongan intelektual yang berasal daripada masyarakat di negara itu sendiri.
Selain itu, Zaman Renaisans juga dikenali sebagai Zaman Pencerahan. Zaman ini
telah dianggap sebagai pencetus kepada golongan cendiakiawan bagi
mempergiatkan lagi perkembangan dalam bidang pendidikan di Perancis. Sebagai
contoh, kemajuan dalam bidang percetakan telah memberi impak yang besar
terhadap peningkatan kadar celik huruf di negara tersebut.
Pada awal Republik
Perancis, kebanyakan rakyat yang menjadi penduduk di negara tersebut masih tiada rasa cinta akan negara.
Hal ini berikutan kerana wujud pertentangan di antara pihak yang menerima
Revolusi Perancis dan pihak yang menolak perjuangan tersebut. Oleh itu, Pemerintah pada masa itu telah berusaha untuk mewujudkan kembali semangat nasionalisme dalam jiwa penduduk. Terdapat pelbagai saluran yang digunakan dalam
meningkatkan kesedaran iaitu mempromosikan buku-buku teks secara seragam yang
isinya perlu meneruskan perjuangan Negara Perancis dan pembentukan sistem baru
yang bersifat pemusatan yang ketat. Selain itu, terdapat beberapa peringkat sekolah yang dibentuk. Sebagai contoh, pendidikan pada peringkat sekolah rendah adalah percuma, wajib dan tidak membezakan mengenai aliran keagamaan yang dianuti. Terdapat dua jenis sekolah yang diwujudkan iaitu Sekolah Umum Kerajaan dam Sekolah Menengah Kecil "Lycees". Sekolah Menengah Kecil "Lycees menggunakan sistem pengambilan pelajar dari kelas Menengah Borjuis. Kelas sosial tersebut merupakan golongan atasan yang sering kali keberatan untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah ini bersama-sama dengan anak-anak yang dari kelas bawahan (rakyat biasa). Sistem ini diwujudkan bagi mendidik kumpulan elit serta menjalankan pembelajaran di dalam Bahasa Yunani dan Latin kerana ianya merupakan ilmu yang penting dalam pembentukan fikiran kanak-kanak tersebut.
Pada tahun 1880, Jules Ferry selaku Menteri Pelajaran
Perancis telah memperkenalkan sistem pendidikan asas kepada semua golongan.
Selain itu, pendidikan juga tidak terhad kepada golongan tertentu. Bahkan,
kemudahan infrastruktur seperti sekolah juga telah dibina di setiap kawasan bandar
dan kampung, malah guru yang terlatih juga telah ditempatkan di kawasan
tersebut.
Berikut merupakan kronologi yang
berlaku di dalam sistem pendidikan di Negara Perancis,
Sebelum Abad Ke-17
- · Pendidikan diuatamakan kepada golongan atasan.
Abad Ke-17
- · Pendidikan diberikan kepada semua lapisan masyarakat.
- · Peningkatan kadar celik huruf.
- · Umur minimum bagi kanak-kanak menamatkan persekolahan adalah 12 tahun.
- · Konsep literasi “Asalkan pandai menulis tandatangan nama sediri sudah memadai”. Oleh itu, kesan kepada golongan wanita ialah terdapat ramai wanita yang boleh membaca tetapi tidak pandai menulis.
- · Golongan wanita terlibat dengan pendidikan tidak formal di rumah.
Abad Ke-18
- · Umur minimum bagi kanak-kanak menamatkan persekolahan adalah 14 tahun.
- · Peningkatan kadar celik huruf di kawasan penduduk yang padat dan di sekitar sekolah agama.
- · Sekolah agama membantu meningkatkan kadar literasi bagi membantu pelajar membaca dan memahami mengenai ilmu ketuhanan.
- · Terdapat ramai kanak-kanak yang dihantar ke sekolah.
- · Buku di dalam Bahasa Perancis mula mendapat sambutan.
- · Perpusatakaan awam ditubuhkan agar dapat mengimbangi harga buku yang mahal di pasaran.
- · Kedai kopi, kelab dan akademi telah menjadi tempat perjumpaan ilmiah (Berkumpul, Membaca dan Berdebat).
Awal Abad Ke-19
- · Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman (Rural Area), sebahagian besar penduduk telah didominasikan di dalam sektor pertanian.
- · Pada tahun 1900 – Jumlah penduduk yang menjalankan aktiviti pertanian sebanyak 50%.
- · Pada tahun 1905 – Pemisahan di antara gereja dan negara berlaku tetapi Sekolah katolik tetap berjalan lancar. Sekolah Katolik masih memperolehi dana daripada negara untuk membiayai gaji guru, biasiswa dan jaminan sosial.
- · Pada tahun 1946 – Jumlah penduduk yang menjalankan aktiviti pertanian adalah seramai 35%.
- · Pada tahun 1982 – Jumlah penduduk yang menjalankan aktiviti pertanian adalah sebanyak 8% sahaja.
* Perkembangan sektor perindustrian
menyebabkan sektor pertanian mulai jatuh.
* Kesan daripada peristiwa tersebut
terhadap sistem pendidikan telah mewujudkan garis pemisah di antara Sekolah
Menengah Tinggi dengan Sekolah Menengah Awam yang bersifat tradisional.
- Melahirkan guru terlatih untuk mengajar di sekolah.
- Pada tahun 1962 – Penurunan 4% dalam sektor pertanian telah menguntungkan sektor perkhidmatan sebanyak 35% serta sektor perindustrian meningkat sebanyak 13%.
- · Pada tahun 1967 – Kehadiran pelajar ke sekolah adalah wanib bagi peringkat umur 6 tahun sehingga 16 tahun.
- · Pada tahun 1970 – Kanak-kanak diwajibkan masuk Pra-Sekolah sekitar umur 3 tahun sehingga 5 tahun.
- · Pada tahun 1975 – PELUANG PEKERJAAN di dalam bidang perkhidmatan telah menyebabkan sistem pendidikan dianggap penting. Malahan, individu yang berumur 18 tahun berhak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat teknik dan vokasional.
- · Reformasi terhadap sistem pendidikan telah memberikan autonomi kepada daerah-daerah, kementerian dan komuniti untuk bergerak sendiri.
Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |
Sistem
Pendidikan di Perancis berlaku selepas Revolusi Perancis 1789. Sistem
pendidikan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu sekolah rendah, sekolah
menengah dan sekolah tinggi. Pada pemerintahan Napolean, beliau telah
mengeluarkan arahan berkenaan tarikh persekolahan berdasarkan kod tentera “Polytechnique”.
Terdapat juga beberapa jenis sekolah swasta yang diwujudkan di bawah kontrak
negeri, malahan sekolah awam pula terletak di bawah Kementerian Pelajaran. Sistem
pengambilan guru pula dibuat berdasarkan dua peringkat sekolah iaitu,
- Sekolah Rendah di bawah peringkat kebangsaan yang diputuskan oleh Institusi Pengambilan guru.
- Sekolah Menengah melalui pertandingan kebangsaan yang dianjurkan seperti Capes dan Pengagretan.
Sekolah rendah merupakan peringkat pertama bagi
kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak akan mula bersekolah
pada usia 2 tahun sehingga memasuki umur 5 tahun bagi meneruskan persekolahan
di peringkat sekolah tadika. Selain itu, peringkat pra-sekolah adalah tidak
diwajibkan tetapi terdapat ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk
hadir ke sekolah. Kanak-kanak yang berumur 6 tahun akan belajar selama 5 tahun
di dalam kursus persediaan sekolah rendah. Sepanjang 5 tahun kanak-kanak di
alam persekolahan akan di ajar membaca, menulis, asas perkiraan, diperkenalkan
dengan penggunaan bahasa asing (bahasa inggeris) dan belajar menggunakan
teknologi baru iaitu asas komputer. Kanak-kanak akan belajar bersama-sama di
dalam kelas tanpa mengira jantina dan mempunyai seorang guru untuk mengajar
kanak-kanak tersebut.
Sekolah menengah pula merupakan peringkat kedua semasa pelajar
berada di alam persekolahan. Pelajar akan diajar mengenai kursus mata pelajaran
teras seperti Perancis, Matematik, Sejarah, Geografi, Sains, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Fizikal dan sebagainya. Pada peringkat ini juga pelajar akan
memperolehi brevet persijilan rasmi pertama sistem persekolahan. Sijil tersebut
akan digunakan bagi seseorang individu untuk meneruskan pengajian sama ada
dalam pendidikan umum (Sarjana Muda), Program-program vokasional, Penawaran
diploma terakhir (CAP @ BEP) melalui kursus pendek selama 1 tahun sehingga 2
tahun. Terdapat ramai pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di
dalam pendidikan umum (Sarjana Muda) berikutan peluang yang cerah untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Antara kursus yang ditawarkan di
dalam pendidikan umum ialah program saintifik (Bac S), program ekonomi (Bac ES)
dan program sastera (Bac L).
Sekolah tinggi pula merangkumi tiga cabang iaitu The
Institut Universiti Teknologi (IUT) yang menawarkan tempoh pengajian selama 2 tahun dan affidavit diploma serta latihan vokasional. The Universiti pula menawarkan pengajian selama 3 tahun di peringkat Sarjana Muda, 4 tahun pada peringkat sarjana, 5 tahun pada peringkat (DESS@DEA) dan 8 tahun untuk peringkat PhD dan cabang yang terakhir adalah The Grandes Ecoles yang mempunyai beberapa pecahan iaitu Ecoles Polytechnique adalah sebagai pusat untuk melatih jurutera dan ahli sains, manakala Sekolah Tinggi Kajian Pandangan (HEC) pula adalah salah satu bentuk elit yang mengkaji dunia kewangan dan pandangan. Akhir sekali ialah Pusat Pengajian Normal Superior (ENS) adalah pusat untuk melatih bakal guru.
Untuk Keterangan
Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |
Senarai
Sekolah Islam yang wujud di Perancis
Sekolah merupakan salah
satu medium utama dalam melahirkan kepelbagaian modal insan yang berkualiti
tinggi. Selain itu, ia juga dianggap penting dalam membangunkan salah satu Institusi Pembangunan di negara tersebut. Perancis merupakan sebuah negara yang maju pada
hari ini. Institusi pendidikan yang dilaksanakan amat memainkan peranan yang
penting dalam memberikan impak yang besar terhadap kemajuan negara pada hari
ini.
Pada awal kebangkitan Perancis, terdapat empat sekolah
muslim swasta yang telah dibuka bagi melancarkan saluran-saluran pendidikan
kepada anak-anak penduduk perancis itu sendiri. Antara sekolah tersebut ialah
Sekolah Sekolah La Reussite, Tinggi Islam Averroes, Sekolah Swasta Al-Kindi dan
Sekolah Ibnu Rush. Keempat-empat sekolah ini merupakan pencetus terhadap
kebangkitan pengetahuan di perancis. Bahkan, sekolah ini juga
merupakan sekolah yang mengamalkan pembelajaran Islam.
Sekolah La Reussite.
Nama Sekolah : Sekolah
La Reussite, Pinggiran Aubervilliers, Utara Paris.
Tarikh Perasmian
Sekolah : Tahun 2001.
Nama Pengetua : Waridel.
Bilangan Pelajar : 120
orang pelajar.
Tarikh Penutupan
Sekolah : 14/10/2010.
Sekolah
La Reussite merupakan salah sebuah sekolah yang mempunyai prestasi akademik
yang baik berdasarkan daripada rekod pencapaian pelajar di dalam ujian akhir
iaitu pencapaian 100% pelajar lulus di dalam peperiksaan. Kurikulum sekolah juga
berada di bawah kawalan negara. Terdapat pembelajaran mengenai agama Islam. Namun
begitu, sekolah ini ditutup atas perintah mahkamah akibat daripada kekurangan
dana untuk membiayai keperluan asas bangunan sekolah, kelas dan sebagainya.
Selain itu, sekolah juga mempunyai hutang lebih daripada 4800 dolar amerika
(350 ribu euro adalah bersamaan dengan lebih 488 ribu dolar amerika). Sekolah
juga memperolehi sumber kewangan daripada kutipan yuran yang dibayar setiap
tahun oleh setiap pelajar iaitu 2200 euro bersamaan 3 ribu dolar amerika.
Namun, ia tidak membebankan keluarga untuk terus menghantar anak mereka ke
sekolah. Namun begitu, bagi menanggung bebanan hutang yang melanda, pihak
sekolah telah menjual sebahagian daripada bangunan sekolah bagi mengurangkan kos
pembiayaan bangunan. Berikut merupakan luahan hati daripada pelajar, guru dan
pengetua sekolah itu sendiri.
Luahan hati pelajar,
“ Sedih apabila
dikhabarkan bahawa sekolah akan ditutup kerana aktiviti peribadahan tidak dapat
dilakukan sebagai rutin harian. Sebagai contoh, pelajar tidak mengalami tekanan
untuk memakai pakaian muslim. Selain itu,guru juga akan memakai tudung semasa
mengajar. Akhir sekali, sekali adalah berkaitan dengan pemakaian tudung
dilarang sekiranya ingin belajar di sekolah umum perancis”.
Luahan hati guru Bahasa
Arab, Fahrad Messadi,
“Pada tahun 2006,
negara perancis telah berjanji untuk memberikan dana kepada pihak sekolah,
namun hingga kini dana masih tidak diperolehi bahkan sekolah hanya menggunakan
duit yang dibayar oleh pelajar pada setiap tahun. Pelajar akan berpindah
sekiranya sekolah ditutup”.
Luahan hati pengetua
sekolah,
“Mana-mana sekolah yang
bertapak selama tempoh 5 tahun dibenarkan untuk mendaftar bagi mendapatkan
subsidi oleh pihak kerajaan namun sekolah ini sudah bertapak selama 9 tahun dan
masih tidak memperolehi sebarang bantuan kewangan. Oleh itu, sekolah
memperolehi dana daripada yuran pelajar, sumbangan swasta dan perniagaan
tempatan. Kewangan sekolah mulai sedikit, maka perkara ini dibawa ke mahkamah.
Namun, permohonan sekolah untuk memperolehi bantuan gagal seterusnya pihak
mahkamah memutuskan bahawa bilangan graduan yang belajar di sekolah swasta
sukar untuk memperolehi pekerjaan di sekolah umum perancis kerana pemakaian
tudung”.
Sekolah Tinggi Islam
Averroes.
Nama Sekolah : Sekolah
Islam Lycee Averroes di Lille, Perancis.
Tarikh Perasmian
Sekolah : Tahun 2003.
Nama Pengetua : Amar
Laster.
Bilangan Pelajar : 330
orang pelajar.
Pendaftaran : Terbuka
kepada pelajar muslim dan non-muslim.
Sekolah Tinggi Islam Averroes merupakan sekolah pertama
di perancis yang ditubuhkan oleh golongan bawahan. Namun, pada hari ini sekolah
ini merupakan sebuah sekolah yang terkenal di perancis. Pada awal penubuhan
sekolah, pelajar yang mendaftar hanya 11 orang sahaja. Pencetus idea terhadap
pembukaan sekolah ini adalah daripada golongan masyarakat (golongan tua) di
perancis itu sendiri. Wujud pertentangan ideologi yang berbeza di antara
masyarakat dan institusi persekolahan khususnya sekolah umum perancis. Hal ini
berikutan daripada dasar-dasar yang digubal 10 tahun dahulu, pihak kerajaan membenarkan
mengenai kebebasan, keseteraan dan persaudaraan sesama masyarakat namun begitu masyarakat
masih berdepan dengan pertentangan di mana gadis yang belajar di sekolah umum
tidak dibenarkan memakai tudung. Perkarangan Masjid di Lille merupakan pusat
awal bagi perkembangan sekolah namun pada hari ini, sekolah ini berupaya
menampung seramai 600 pelajar kerana mempunyai bangunannya yang tersendiri.
Kualiti pendidikan di sekolah ini berkembang baik kerana mendapat sambutan
daripada orang tua berbanding sekolah umum perancis. Sekolah ini juga di bawah
kontrak kerajaan sejak dari tahun 2008 kerana gaji guru akan dibayar oleh pihak
kerajaan dan perlu mengikuti segala kurikulum yang diberi. Oleh itu pihak
sekolah perlu menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar.
Namun pada tahun 2013, kurikulum yang digunapakai di sekolah tidak lagi berada
di bawah kontrak kerajaan. Hal ini kerana sekolah sudah mempunyai pembiayaan
yang mencukupi untuk menampung segala bentuk pengurusan sekolah. Oleh itu, sistem
pembelajaran di sekolah tidak diwajibkan untuk mengikuti kurikulum yang
disediakan oleh pihak kerajaan. Sekolah ini mewajibkan pelajar untuk mengambil
kelas Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam selama 1 jam setiap minggu. Selain
itu, para pelajar juga mengambil inisiatif untuk solat zuhur berjemaah di
sekolah walaupun aktiviti tersebut tidak termasuk di dalam sesi pembelajaran.
Pengurusan pihak sekolah juga memisahkan di antara jantina lelaki dan perempuan
di dalam kelas dan dewan makan. Sebagai contoh, pelajar perempuan duduk
berasingan dengan pelajar lelaki.
Untuk Keterangan Lanjut
| Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |
Sekolah
Swasta Al-Kindi
Nama Sekolah : Sekolah
Swasta Al-Kindi di Kota Lyon.
Tarikh Perasmian
Sekolah : Tahun 2008.
Nama Pengetua: Rachid
Guergour.
Bilangan Pelajar : 20
orang pelajar.
Pendaftaran : Terhad
kepada golongan muslim di Kota Lyon (Bahagian Timur Negeri).
Sekolah Swasta Al-Kindi diambil bersempena dengan nama seorang
tokoh pemikir arab abad ke-IX iaitu Filsuf Muslim Yusuf Ya’kub Ibnu Ishaq
Al-Kindi (801-873). Sekolah ini mendapat pengizinan daripada Dewan Pendidikan
Menengah Perancis (CSE). Keupayaan bangunan sekolah untuk menampung bilangan
pelajar adalah seramai 140 orang pelajar yang berusia sekitar 11 tahun
sehinggan 16 tahun. Sistem pendidikan sekolah adalah di bawah kurikulum
kerajaan Perancis iaitu membenarkan pembelajaran pendidikan Islam selama 2 jam
di dalam kelas. Berdasarkan daripada laporan yang dibuat oleh pihak sekolah,
peruntukan 1,200 per tahun amat diperlukan bagi membiayai keperluan sekolah.
Oleh itu, sekolah telah mendapatkan sokongan daripada masyarakat muslim di Perancis bagi membiayai kos operasi sekolah sebanyak 700,000 euro per tahun.
Terdapat beberapa isu yang menyebabkan pembukaan sekolah
ditangguh. Hal ini berkaitan dengan tindakan Dewan Pendidikan Lyon yang sengaja
menangguh proses pembukaan sekolah atas alasan faktor keselamatan. Perkara ini
berpanjangan sehingga campur tangan Pihak Berkuasa Pendidikan Daerah. Faktor
keselamatan dijadikan alasan utama dalam proses pembukaan sekolah. Terdapat
sesetengah pihak yang beranggapan bahawa sekolah tidak dapat dibuka akibat
daripada ciri-ciri kawasan yang terletak di luar Kota Lyon. Bahkan, Ketua Lyon
Academy juga tidak membenarkan sekolah itu dibuka. Selain itu, Alain Morvan
juga memberikan alasan yang sama iaitu faktor keselamatan diri dari segi
pencemaran udara yang bakal memberikan kesan ke dalam suasana pembelajaran
pelajar di sekolah. Wujud juga krisis di antara Ketua Sekolah “Meddour Zoubir”
dan “Persatuan Al-Kindi”. Namun begitu, Persatuan Al-Kindi menafikan dakwaan
yang dibuat ke atasnya. Ketua Jawatankuasa Masjid Besar di Lyon iaitu Kamel
Kabtane menyekat pembukaan sekolah kerana akan mewujudkan masalah perpaduan di
antara masyarakat.
Pada tahun 2008,
Sekolah Al-Kindi berjaya dibuka kerana mendapat sokongan daripada pelbagai
pihak. Media cetak memainkan peranan yang penting dalam mengulas maklumat dari
segi penulisannya yang menekan Academy of Lyon untuk mencabut dakwaan terhadap penutupan
sekolah tersebut.
(Sumber : Sarkozy
selaku editor surat khabar La Ties Bien du Lyon)
Sekolah juga menawarkan
mata pelajaran tambahan seperti Al-Quran, Sejarah, Peradapan Islam dan Hukum
Islam kepada pelajar.
Namun begitu, Sekolah Al-Kindi juga tidak membezakan
pelajar dari golongan yang kaya dan miskin. Kedua-dua golongan tersebut masi
boleh bersekolah di tempat yang sama namun kebanyakan ibu bapa lebih berminat
untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang setaraf dengan kedudukan
mereka. Sebagai contoh, anak-anak daripada golongan yang kaya akan dihantar ke
sekolah untuk mempelajari mengenai pembacaan Al-Quran, hadis, tyafsir, hafalan,
sejarah islam dan sebagainya yang berkaitan dengan islam. Bahkan, anak-anak
tersebut akan diajar mengenai bahasa lain iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa
Arab. Selain itu, bahasa tambahan juga akan diajar seperti Bahasa German dan
Bahasa Sepanyol. Keadaan ini berbeza pula dengan anak-anak daripada golongan ibu
bapa yang miskin. Kebanyakan ibu bapa sering menghantar anak-anak mereka ke
madrasah. Terdapat guru yang akan mengajar anak-anak mereka. Pihak madarasah
akan mengambil bayaran yang murah dari sesi pembelajaran tersebut. Terdapat dua
madrasah yang dibuka di Perancis sepanjang tempoh satu tahun. Jumlah pelajar
yang mengikuti kelas tersebut adalah seramai 20 orang sahaja. Tempoh masa
pembelajaran adalah dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari
sahaja. Mata pelajaran yang diajar adalah dari segi pembacaan Al-Quran dan
hafalan, pengantar Bahasa Arab dan pengetahuan tentang Islam iaitu mengenai
sejarah Nabi dan sebagainya. Terdapat juga sesi pembelajaran yang tidak formal
yang akan diajar oleh sukarelawan terutamanya golongan wanita muslimah di luar
masjid. Pembelajaran yang diajar adalah dari segi pembacaan Al-Quran yang
dijalankan setiap hari sabtu dan hari ahad.
Untuk Keterangan Lanjut
| Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |
Sekolah
Ibnu Rush
Nama Sekolah : Sekolah
Ibnu Rush di Lille.
Tarikh Perasmian
Sekolah : Tahun 2006.
Nama Dekan : El-Beshari.
Penasihat Akademik
Sekolah : Muammad Al-Mistri.
Bangunan
Sekolah Ibnu Rush mula dibina pada Julai 2003. Sekolah Ibnu Rush di buka bertujuan
untuk menangani peningkatan Islamophobia di Negara Perancis. Selain itu, ingin
menjaga kualiti imam dan da’i serta mempamerkan suasana Islam yang sebenar
sebagai satu agama yang terbuka dan bertoleransi. Bahkan, sekolah ini menerima
pelajar Islam dan bukan Islam yang tertarik untuk mempelajari mengenai budaya Islam dan peradapan Islam.
Pembiayaan Sekolah Ibnu Rush adalah ditanggung sepenuhnya
oleh pemerintah di Negara Perancis dan Qatar. Bahkan, kemudahan yang disediakan
di sekolah pula dibiayai oleh pemerintah di Kota Lille itu sendiri.
Pembelajaran utama sekolah ini adalah mengenai buadaya dan peradapan Islam,
sejarah dan prinsip-prinsip hukum Islam. Selain itu, terdapat pelajaran lain
yang diajar iaitu sejarah sekularisme di Perancis dan hubungannya dengan
agama-agama yang lain. Terdapat juga kursus-kursus khas yang ditawarkan oleh
pihak sekolah terutamanya kepada golongan imam dan da’i yang bekerja di
penjara, hospital dan kem tentera. Hal ini berikutan kerana, pemerintah di
Negara Perancis menginginkan imam dan da’i di kalangan penduduk atau
warganegara Perancis itu sendiri. Oleh itu, perkara ini telah mendapat sokongan
daripada Daw Meskine yang merupakan imam Masjid Clinchy-Sour-Bois serta
setiausaha Dewan Imam Perancis. Keadaan ini secara tidak langsung telah
menyebabkan Institusi Islam di Lille telah diberi nama Institut Islam Ibnu
Sina.
Untuk Keterangan Lanjut
| Sila Klik Sini | 1 |
Untuk Keterangan Lanjut
| Sila Klik Sini | 1 |
Sekolah Masjid
Lokasi : Masjid Lyon
Penawaran Kursus : Bahasa Arab, pembelajaran
al-Quran dan ilmu agama
Hari : Rabu, Sabtu dan Ahad
Umur Pelajar :
Kanak-kanak berusia 7 tahun
Lelaki dan Wanita dewasa
Yuran : 180 Euro bagi seorang pelajar
Sekolah Masjid adalah salah satu aktiviti yang
dijalankan oleh pihak masjid kepada golongan kanak-kanak dan dewasa. Ia
dikenali sebagai sekolah masjid kerana lokasi sekolah tersebut adalah di dalam
masjid. Oleh itu, pembelajaran yang diajar juga adalah berkaitan dengan ilmu
Agama Islam. Sekolah Masjid memperolehi sumber kewangan adalah daripada yuran
yang dibayar oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah
tersebut.
Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |
Senarai Institut
Pengajian Tinggi yang wujud di Perancis
Institut Pengajian
Tinggi merupakan salah satu saluran yang perlu ada bagi setiap negara. Ia juga
dikenali sebagai “Universiti atau Kolej”. Selain itu, kategori umur yang
membolehkan seseorang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi perlulah
berumur 18 tahun ke atas. Sistem pendidikan yang ada di Perancis sememangnya
diamalkan oleh negara lain namun dari segi pembelajaran yang diajar adalah
berbeza dengan negara lain.
Perancis juga
mengamalkan dasar buka pintu yang membolehkan mana-mana pelajar daripada negara
lain melanjutkan pelajaran di negara tersebut. Ini dapat dijadikan satu contoh
yang baik bagi menyokong usaha pelajar dalam mengenal budaya, tradisi, ilmu dan
warisan daripada negara lain. Oleh itu, tidak banyak Institusi
Pengajian Tinggi yang ada di Negara Perancis menawarkan bidang pengajian
berasaskan pembelajaran di dalam Islam.
University Of
Strasbourg
Nama Universiti (Bahasa
Perancis) : Universite de Strasbourg
Nama Penuh Universiti :
University Strasbourg, Alsace, Perancis
Penubuhan : Tahun 1539
Pengasas : Johannes
Sturm
University Of
Strasbourg merupakan Universiti kedua terbesar di Negara Perancis. Malah, penubuhan
Universiti ini adalah berdasarkan faktor perkembangan Empayar yang berlaku di Jerman.
Kemunculan Empayar Jerman telah menyebabkan terdapat pelbagai bangunan baru
yang didirikan di Negara Perancis kerana Jerman menginginkan sebuah karya
teragungnya mengenai budaya Perancis berada di Alsace.
Kronologi :
Pada Tahun 1631, telah
dijadikan sebagai Universiti Diraja
Pada Tahun 1961,
University Of Starsbourg telah diiktiraf sebagai sebuah Universiti umum
Pada Tahun 1970,
Universiti telah dibahagikan kepada tiga Universiti yang berasingan
- Louis Pasteur University (Strasbourg I) – Sains dan Perubatan
- Marc Bloch University (Strasbourg II) – Sastera dan Sains
- Robert Schuman University (Strasbourg III) – Undang-undang
Selain itu, Universiti
Of Starsbourg amat terkenal dengan salah satu bidang pengajiannya iaitu
menawarkan Program Kewangan Islam di Peringkat Sarjana. Ini bertepatan dengan keupayaan
potensi besar bagi pasaran kewangna Islam di perancis malahan keadaan ini
disokong pula dengan kehadiran bilangan muslim yang mencecah sehingga 6 juta
orang. Jumlah pelajar yang
berdaftar di Universiti adalah sebanyak 43,000 orang dan mempunyai 4,000 orang
penyelidik. Selain itu, pengambilan pelajar asing adalah sebanyak 20% hingga
25%.
Selain itu, lokasi Kota
Strasbourg telah dipilih oleh Turki untuk membiayai keseluruhan pembiayaan sebanyak
15 juta Euro terhadap pembinaan Universiti dan Sekolah Menengah Muslim di
Perancis. Universiti tersebut berfungsi dalam menawarkan pengajian pengurusan
tinggi teologi yang menyediakan kurikulum Bahasa Arab.
University Of Paris
Nama Universiti (Bahasa
Perancis) : Universite de Paris
Nama Lain Universiti : Sorbonne
Penubuhan : Pertengahan
Abad ke-12
Pengasas : Robert de
Sorbon
Fakulti : Seni, Perubatan, Undang-undang, Teologi, Bahasa Arab dan Sastera
Pada awalnya Universiti Of Paris ditubuhkan di Eropah
dan mempunyai 13 buah cawangan pada tahun 1970. Antara fakulti yang paling
diminati oleh para pelajar adalah bidang sastera. Bidang sastera merupakan
salah bidang yang paling rendah namun terdapat ramai pelajar yang mengambilnya
untuk meneruskan pengajian di fakulti lain yang lebih tinggi tarafnya. Nama
lain Universiti dikenali sebagai Sorbonne kerana pada tahun 1257 penubuhan
Institut Kolej (Kolej de Sorbonne). Pelajar juga dibahagikan mengikut negara
melalui bahasa dan asal usul mereka seperti Perancis, Noramandy, Picardy,
England dan Jerman. Sistem Universiti juga adalah di bawah pentadbiran gereja.
Sebagai contoh, pelajar perlu memakai jubah dan kepala perlu dicukur bagi
menandakan pelajar tersebut di bawah perlindungan gereja. Pelajar yang belajar
di Universiti perlu mengikut undang-undang gereja bukannya undang-undang atau
mahkamah Raja.
University Of Toulouse
Nama Universiti (Bahasa
Perancis) : Universite de Toulouse
Penubuhan : 27 Mac 2007
Pengasas : Bishop
Foulques de Toulouse
Pensyarah : Jean de Garlande
; Roland
Fakulti : Sains
Eskperimen, Sains dan Teknologi, Sains Kemanusiaan, Sains Sosial dan
Kemanusiaan.
Perjanjian Paris 1229, merupakan langkah terbaik
yang diambil bagi mengakhiri Peperangan Salib terhadap golongan Albigensian.
Pada Tahun 1969,
Universiti telah berpecah kepada 3 buah, iaitu :
- University Of Toulouse 1 – Undang-undang, Ekonomi dan Pengurusan
- University Of Toulouse 2 – Seni, Sastera, Kemanusian dan Bahasa
- University Of Toulouse 3 – Sains, Teknologi dan Kesihatan
Universiti juga mempunyai institusi-institusi
penyelidikan khusus pengajian tinggi, iaitu :
- Institut Kebangsaan Polytechnique de Toulouse – Kejuruteraan
- Institut Kebangsaan des Sciences Appliquees de Toulouse – Sains Gunaan
- Institut Superieur de I’Aeronautique et de I’Espace – Aeronautik dan Angkasa
Selain itu, terdapat
juga kursus Bahasa Arab yang ditawarkan oleh Universiti ini.
University of Paul-Valery Montpellier III
Nama Perancis : Université de
Montpellier
Lokasi : Languedoc-Roussillon
Region di selatan Perancis
Pelopor : Paus Nicholas IV
Tarikh Penubuhan : 1969
Bidang
Pengajian : Bahasa Arab
Secara keseluruhannya, Institusi Pendidikan yang terdapat di Negara Perancis sememangnya mempunyai
kepelbagaian latar belakang sejarah yang tersendiri. Penubuhan Institusi Pendidikan di negara tersebut juga memberikan satu perubahan baru ke dalam
kehidupan masyarakat Perancis. Namun begitu, Institusi Pendidikan berteraskan
konsep Islam tidak berjaya mendapat sambutan yang baik di kalangan pemimpin.
Hal ini berikutan kerana, pemimpin yang ada pada ketika itu mengamalkan anutan agama selain agama Islam.
Kebanyakan daripada golongan pemimpin lebih menyokong sistem pendidikan yang
digunapakai oleh Institusi gereja. Oleh itu, sistem pendidikan berasaskan
konsep Islam hanya mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk tempatan
terutamanya golongan tua. Oleh itu, wujud pelbagai sekolah yang dibangunkan atas
usaha golongan tersebut namun mendapat tentangan yang hebat daripada golongan
pemerintah dan Institusi gereja. Keadaan ini berterusan sehingga ke hari ini
walaupun sudah ada institusi-institusi pengajian tinggi yang menawarkan sistem
pendidikan yang baik namun penerapan nilai-nilai Islam tidak diajarkan secara
meluas ke dalam sistem pembelajaran.