MASJID
YANG TERKEMUKA DI PERANCIS
Masjid
memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan umat islam dan menegakkan
tamadun kehidupan mereka. Masjid merupakan satu istilah yang berasal daripada
bahasa arab iaitu ’masjad’,’sajada’,’yasjudu’ dan ’sujudan’, yang membawa erti
sujud. Daripada pengertian inilah
perkataan Masjid kita digunakan sebagai nama tempat kita melakukan solat wujud. Hal ini kerana, sujud antara gerakan utama
dalam memunaikan solat. Secara
terperinci, masjid mempunyai dua pengertian, iaitu umum dan khusus. Masjid dalam erti umum adalah semua tempat
yang digunakan untuk sujud dinamakan masjid kerana Nabi pernah berkata, Allah
menjadikan muka bumi ini sebagai tempat untuk bersujud yakni masjid. Sedangkan masjid dalam pengertian khusus
adalah tempat atau bangunan yang dibangunkan khusus untuk menunaikan ibadat,
terutama solat secara berjamaah.
Daripada
pengertian masjid telah dibahagikan kepada kategori-kategori tertentu iaitu
Masjid Jamek dan Surau. Masjid Jamek
adalah merujuk kepada masjid utama sesuatu kawasan ataupun qariah. ’Jamek’ bermaksud besar. Oleh itu, hanya ada satu masjid jamek sahaja
di sesebuah petempatan dan biasanya solat berjemaah yang diwajibkan dilakukan
beramai-ramai seperti solat Jumaat
diadakan di masjid ini. Manakala, surau atau dikenali sebagai 'musollah' pula sesuai sebagai keperluan yang hanya digunakan untuk solat lima
waktu samada di kawasan perkampungan, desa, tempat-tempat umum.
Konsep
masjid bukan hanya sebagai tempat untuk menunaikan solat atau tempat
berkumpulnya umat islam dalam kelompok masyarakat di petempatan tertentu. Tetapi masjid juga merupakan sebuah institusi
atau pusat untuk mentadbir dan mengendalikan masyarakat sesebuah petempatan. Masjid
juga disebut sebagai Rumah Allah (Baitullah) bahkan sebagai Rumah Masyarakat
(Bait al Jami’). Ianya boleh dijadikan
sebagai tempat untuk mengadakan majlis ilmu, akad nikah, mesyuarat dan
lain-lain kegiatan yang dibenarkan oleh agama. Masjid adalah syiar islam dan
menjadi nadi pembangunan masyarakat islam duniawi dan akhirat.
Di
negara Perancis, kewujudan masjid adalah seiring dengan perkembangan syiar
Islam di situ. Masjid- masjid yang dibina telah memberikan banyak memanfaat
kepada masyarkat Islam di situ. Hal ini kerana, masjid bukan saja digunakan
sebagai tempat untuk solat semata-mata tetapi ianya juga turut digunakan
sebagai tempat untuk majlis ilmu dan kegiatan lain dan ini bertepatan dengan
konsep masjid yang sebenarnya. Sejak perkembangan Islam iaitu sekitar abad
ke-19 hinggalah ke hari ini, telah banyak masjid yang dibina di negara Perancis
iaitu dianggarkan sebanyak lebih dari 1,000 buah masjid. Masjid yang dibina ini
pula terdiri daripada masjid Jamek dan surau. Antara masjid besar yang dibina
di negara Perancis ini ialah Grande Mosquee de Paris, Grand Mosguee de Lyon,
Mosquee de Othman, La Mosquee Sahaba, Grande Mosquee de Strasbourg, dan Assalam Mosquee. Selain itu terdapat banyak
lagi masjid yang dibina di Seluruh Perancis (Klik Sini)
Grande Mosquee de Paris (Masjid besar Paris)
Pemandangan di hadapan Masjid Besar Paris |
Merupakan
Masjid pertama yang dibina di Perancis selepas tamatnya Perang Dunia Pertama.
Ia dibina oleh Empayar Perancis sebagai tanda penghargaan negara itu kepada
komuniti muslim khususnya kepada tentera-tentera Islam dari tanah jajahan
Perancis (Morocco, Algeria dan Tunisia) yang sama-sama berjuang dalam Perang
Dunia Pertama (1914-1918) ketika melawan negara German yang mana dianggarkan
seramai 100 ribu orang tentera muslim telah tewas dalam peperangan tersebut.
Masjid yang terletak di
Place du Puits-de-l’Ermite ini merupakan masjid yang paling besar di Perancis
dan kedua terbesar di Eropah. Ia telah siap dibina pada tahun 1926 dan
dirasmikan pada 15 julai 1926 oleh Presiden Perancis pada waktu itu iaitu
Gaston Doumergue. Ahmad Al-Alawi (1869-1934) pula menjadi Imam pertama di
Masjid tersebut.
Pandangan keseluruhan Masjid |
Dari segi seni bina pula, Masjid ini
memperlihatkan ciri-ciri seni bina Andalusia yang popular pada ketika itu.
Terdapat juga menara di Masjid ini yang berketinggian 33 meter. Masjid ini
berbentuk segi empat dan di dalamnya terdapat sebuah kawasan lapang yang
dikenali dengan nama La Cour d'Honneur. La Cour d'Honneur ini dilengkap dengan
sebuah taman yang bercirikan Sepanyol-Moroko.
Selain
berfungsi sebagai tempat solat, Masjid ini juga mempunyai ruang khas yang digunakan
sebagai tempat pertemuan komuniti muslim dan juga sebagai tempat kuliah bahasa
Arab. Terdapat juga ruang perpustakaan di dalam Masjid ini yang dikhususkan
untuk Lembaga Agama Islam.
Grande
mosquée de Lyon (Masjid besar Lyon)
Pemandangan dari sisi Masjid Lyon |
Masjid
besar Lyon merupakan masjid ke-6 terbesar di Perancis. Ia direka oleh dua orang
arketik Lyon iaitu Ballandras dan Mirabeau, dan dibina pada tahun 1990.
Pembiyaan untuk membina masjid ini sebahagian besarnya telah disumbangkan oleh
Raja Fahd dari Arab Saudi dan negara-negara Islam lain. Masjid ini siap dibina
pada 30 september 1994.
Dari
aspek segi bina, Masjid ini mengabungkan unsur seni bina tradisional Maghribi dan Kaligrafi dengan gaya Barat yang moden. Di bahagian depan Masjid ini
terdapat sebuah gerbang Parsi dan di pintu masuk Masjid ini pula dilindungi
oleh sebuah Piramid kaca yang disokong oleh 230 tiang. Selain itu, Masjid ini juga
turut mempunyai menara setinggi 25 meter dan kubah putih yang mempunyai simbol
bulan sabit di atasnya.
Antara
kemudahan yang disediakan di Masjid ini ialah kemudahan kebudayaan ,
perpustakaan dan sekolah. Di samping itu, terdapat juga persetuan persijilan
halal yang beroperasi di Masjid Besar Lyon ini. Persetuan ini dikenali sebagai L'Association
Rituelle de la Grande Mosquée de Lyon (ARGML) atau dalam bahasa Inggerisnya
disebut sebagai The Ritual Association of the Great Mosque of Lyon. Persetuan
ini telah diwujudkan pada 1995 dengan tujuan untuk memastikan kawalan dan pensijilan daging
halal , produk makanan, kosmetik dan produk kebersihan untuk kegunaan dalam
masyarakat Islam . Selain itu, terdapat juga Pusat maklumat yang disediakan
oleh masjid ini dan pengiring pelawat akan disediakan oleh biro pelawat Lyon.
Mosquee
de Othmane (Masjid Othman)
Pemandangan di hadapan Masjid Othman |
Masjid
ini telah dirasmikan pada 1 April 2006 dan terletak di Villeurbanne berdekatan
dengan Lyon. Bangunan Masjid ini mempunyai ruang 3 tingkat dan dibina dengan
keluasan 1200 meter persegi. Pembinaan Masjid yang bernilai 1 juta Euro ini
telah dikawal selia oleh Liga Kebudayaan Islam Perancis.
Tujuan
utama pembinaan Masjid ini adalah untuk memudahkan masyarakat muslim menunaikan
solat, khususnya solat jumaat. Selain itu, Masjid ini juga mempunyai satu
perpustakaan yang besar, dan sekolah catering Arab bagi 250 pelajar.
Perbezaan
Masjid ini dengan Masjid-Masjid lain ialah, ianya dibina tanpa pembiayaan atau
bantuan kewangan daripada pihak luar. 100% kos bagi membina Masjid ini adalah
datangnya daripada masyarkat muslim Perancis sendiri dan ini menjadikan Masjid Othmane
bebas daripada pengaruh asing.
La
Mosquee sahaba (Masjid Sahaba)
Masjid Sahaba |
Masjid
sahaba ini dibina diantara tahun 2006 dan 2008, dan telah direka oleh seorang
Arketik bernama Anas Hamdallah. Ia telah dibuka dengan rasminya pada 18
Disember 2008 dan terletak di bandar Créteil. Istilah sahaba merupakan satu
perkataan majmuk yang merujuk kepada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
Dibina
berdekatan dengan kawasan riadah dan tasik, masjid berwarna putih ini
memperlihatkan ciri-ciri seni bina yang elegent dan bersesuaian dengan landskap
bandar Créteil. Hiasan dalaman Masjid ini diinspirasikan daripada gaya
Arab-Andalus serta mempunyai ruang 3 tingkat dan mampu menampung sehingga 1500
jemaah.
Selain
berperanan sebagai tempat menunaikan solat, Masjid Sahaba ini juga turut
menyediakan kemudahan lain seperti kelas bahasa Arab, ruang kraf dan pameran, restoran, bilik teh,
perpustakaan dan bilik wap. Bagi memastikan segala kemudahan ini dapat
digunakan secara efisien, Masjid ini telah diletakkan dibawah tanggungjawab Union
of Muslim Associations of Créteil.
Grande
Mosquée de Strasbourg (Masjid besar Starsbourg)
Pemandangan di hadapan Masjid Strasbourg |
Grande
Mosquée de Strasbourg atau dikenali sebagai Masjid besar Strasbourg merupakan
masjid besar yang dibina di kawasan Heyritz, bahagian selatan strasbourg.
Masjid ini direka oleh seorang arketik Itali bernama Paolo Portoghesi. Pada
asalnya, masjid ini direka dengan mempunyai menara, auditorium, dan ruang
belajar yang besar, namun plan ini telah ditolak oleh Datuk bandar Strasbourg, Fabienne
Keller iaitu orang yang bertanggungjawab meletakkan batu asas bagi pembinaan
masjid ini pada 29th October 2004.
Ia
telah mula dibina pada tahun 2007 dengan kos pembinaan sebanyak 10.5 million
euros ($13.5 million) di kawasan seluas 10,000 meter persegi. Projek pebinaan masjid ini seringkali tertangguh
beberapa kali akibat undang-undang yang menghalang pembiayaan daripada sumber
kewangan asing. Pembiayaan untuk membina masjid ini diperolehi melalui
sumbangan tempatan dan negara luar seperti Kuwait, Morocco, dan Arab Saudi.
Masjid ini telah dirasmikan pada 27 september, 2012 oleh Manuel Valls iaitu
Menteri Dalam Negeri Perancis.
Untuk Keterangan
Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |
Assalam
Mosquee (Masjid Assalam)
Masjid Assalam |
Masjid
ini terletak di bandar ke- 6 paling besar di Perancis iaitu di Nantes, selatan
Perancis dan ianya telah direka oleh arketik yang bernama Elias Al-Aaedi.
Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun (2009-2012) dan setelah siap
masjid ini dirasmikan oleh Abdullah Al-Darwish dan turut dihadiri oleh pihak
berkuasa tempatan iaitu Gebenor negeri Lorie Christian Galiar Dolavini, Datuk
bandar Nantes Patrick Ramber, Senetor Michel Monnier dan Claire Jou, dan wakil
daripada komuniti muslim Nantes.
Masjid
ini telah dibina di atas tanah seluas 3000 meter persegi yang ditawarkan oleh perbandaran
di bandar ini, iaitu ketika Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault menjadi Datuk
Bandar Nantes selama beberapa tahun sehingga beliau dilantik sebagai menteri. Masjid
indah ini boleh menampung kira-kira 6000 orang jemaah, dan mendapat pembiayaan
sebanyak $10 million daripada Bader Abdullah Al-Darwish.
Taman yang terdapat di kawasan masjid Assalam |
Dari
segi seni bina, masjid ini mempunyai kubah yang berketinggian 14 meter, menara setinggi
17 meter, dan dihiasi dengan bulan perak pada bahagian atasnya. Mempunyai dua
ruang yang berbeza iaitu Masjid “Masjid Asslam” dan pusat kebudayaan “pusat
kebudayaan Abdullah Al-Darwish” yang terdiri daripada kelas, perpustakaan,
bilik pelbagai guna, agensi pelancongan, restoran, dan 3 bilik studio yang
digunakan untuk ceramah dan bilik menyambut tetamu. Kedua-dua kawasan ini dihubungkan
oleh geleri dan dipisahkan oleh sebuah taman yang berkeluasan 20 meter.
Secara kesimpulannya, Institusi peribadatan
telah memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Islam di negara ini.
Peranan tempat ibadat ini bukan hanya sebagai tempat melakukan solat tetapi
juga turut merangkumi aktiviti kemasyarkatan yang lain. Kepelbagaian aktiviti
di institusi masjid ini telah berjaya menyatukan masyarkat Islam di Perancis.
Selain itu, masjid ini juga menjadi medium untuk orang Islam menyebarkan dakwah
dan menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam kepada masyarakat bukan
Islam.
No comments:
Post a Comment