Background Music Instrumentals

Tuesday, 25 March 2014

ISLAM DI PERANCIS

Agama Islam merupakan salah satu agama yang mendapat perhatian serius daripada masyarakat di negara Perancis. Ini terbukti apabila masyarakat muslim di negara ini dianggarkan berjumlah 6.5 milion orang pada tahun 2013. Anggaran ini diperolehi melalui kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan statistik jumlah masyarakat Perancis yang berasal dari negara Islam.

Jika diteliti perkembangan Islam di negara ini, ia telah mula berkembang pesat sejak akhir abad ke-19 dan abad ke-20 lagi. Imigran Islam yang datang dari negara Maghribi, Libya, Mauritania dan lain-lain negara memainkan peranan penting dalam mengembangkan agama Islam ini di Perancis. Pada tahun 1960-an pula berlaku penghijarahan besar-besaran masyarakat Islam Arab yang bekerja sebagai  buruh di Benua Eropah khususnya di Perancis. Hal ini menambahkan lagi bilangan penduduk Islam di situ hingga mencapai 7 juta orang dan menjadikan Perancis sebagai negara yang mempunyai penganut Islam yang paling ramai di Eropah disusuli dengan negara German dan Britin. Selain itu, kehadiran buruh daripada negara Afrika dan sebahagian benua Asia juga turut mengembangkan lagi agama Islam di negara ini.

Dalam hal ini, kehadiran masyarakat muslim di Perancis telah menarik sebahagian besar masyarkat perancis yang beragama kristian untuk memeluk Islam dan ini menjadikan Islam semakin bertapak kukuh di Perancis. Perkembangan positif walau bagaimanapun memberikan kebimbangan kepada pihak pemerintah Perancis. Justeru itu, pelbagai sekatan dilakukan untuk mengurangkan pengaruh agama Islam di situ. Antara sekatan tersebut ialah melarang para imigran menyebarkan agama Islam, dan mengetatkan peraturan kemasukan buruh luar khususnya yang beragama Islam. Di samping itu, para muslimah juga dilarang mengenakan tudung di kawasan kerja dan institusi pendidikan.

Dalam hal ini, walaupun mendapat tentangan namun syair Islam tetap terus berkembang di Perancis hingga ke hari ini. Banyak Institusi dan organisasi Islam ditubuhkan bagi membantu masyarakat Islam di situ. Antara organisasi tersebut ialah Union Des Organisations Islamques De France (UOIF) atau dalam bahasa inggeris dikenali Union of Islamic Organisations of France . Ia merupakan organisasi Islam yang  utama bagi masyarakat Islam Perancis. Tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu masyarakat Islam Perancis dari segi agama, pendidikan, sosial, budaya, dan kemanusiaan. UOIF ini juga merupakan kesatuan utama bagi lebih 200 organisasi Islam.

Selain UIOF, terdapat juga institusi Islam lain yang ada di Perancis. Antaranya ialah Instiusi Pendidikan, peribadatan, dan Perbankan. Kesemua institusi ini telah memainkan peranan penting dalam pembangunan islam di Perancis hingga ke hari ini. 

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |

Tuesday, 18 March 2014

PENGENALAN NEGARA PERANCIS



Assalamualaikum w.b.t....

Apa khabar? Kami berharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam lindunganNya.
Amin. :)

Untuk entri kali ini, kami akan menceritakan serba sedikit mengenai Negara Perancis. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Oleh itu sebelum kami bercerita dengan lebih lanjut tentang Institusi Pembangunan Islam di negara ini adalah lebih baik sekiranya kita mengetahui dengan lebih dekat tentang latar belakang negara yang dikenali sebagai kota cinta ini.

1.     Profil Negara
      


Nama Lengkap  : Republik Perancis
Area    : 547,030 sq km (daratan: 545,630 sq km; air: 1,400 sq km) tidak termasuk teritori  luar/overseas territory
Populasi  : 63.4 juta
Ibukota  : Paris
Bahasa   : Perancis
Agama    : Kristien (Protestan, Katolik Roma, Katolik)
Mata wang  : Euro (1 Euro = 100 sen)
Ketua negara : Presiden Nicolas Sarkozy (UMP)
Perdana  Menteri  : M. François Fillon (UMP)
Eksport Utama  : produk pertanian termasuk anggur (wine)
GNI per Kapita  : US $38,500 (World Bank, 2007)


Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini 1 | 2 |

2.Bendera

Napoleon Bonaparte telah memperkenalkan bendera Negara Perancis pada tarikh 17 Mei 1853. Bendera ini memiliki tiga warna iaitu biru, putih, dan merah. Warna pada bendera ini telah diperkenalkan oleh Valéry Gerard d'Esting dan dilaksanakan pada tahun 1789 semasa Revolusi Perancis. Ketiga-tiga warna pada bendera ini mempunyai maknanya yang tesendiri iaitu biru melambangkan kebebasan (Liberté), putih melambangkan keseteraan (égalité), dan merah pula melambangkan persaudaraan (fraternité).                      

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |

3.     Kedudukan Geografi




      Negara ini bersempadan dengan negara German, Switzerland, dan Itali pada sebelah Timur, Teluk Biscay pada sebelah Barat, Selat Inggeris pada sebelah Utara, dan laut Mediterranean dan Spain pada sebelah Selatan. Masyarakat Perancis juga memanggil Perancis sebagai I’Hexagone (“The Hexagone”) kerana bentuk negara ini seakan-akan Hexagone. 




Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik Sini | 1 | 
                  

4.      Tempat Menarik

Antara tempat menarik yang ada di negara ini :

       1. Menara Eiffel



Menara Effiel
Menara Eiffel atau dikenali sebagai Tour Eiffel dalam bahasa perancis ini, merupakan sebuah menara besi yang dibina di atas Champ de Mers bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel ini merupakan bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbo lnegara Perancis. Nama menara ini diambil bersempena nama penciptanya iaitu Gustave Eiffel. Dibuka 

dengan rasminya pada 31 Mac 1889, Menara Eiffel yang memiliki ketinggian 300 meter (1,063 kaki) dan diatasnya terdapat 'Antena Televisyen' setinggi 24 m ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan. Selain digunakan untuk perlancongan Menara Eiffel juga dijadikan Menara Pemerhati. Untuk pengetahuan pembaca, menara ini memiliki 3 lif iaitu di aras bawah, tengah dan atas. Di sebalik binaan besinya, mercu tanda ini memiliki 1,710 anak tangga yang menjadikannya menara tertinggi di dunia sehingga 1931 sebelum pembinaan Empire State Building di New York, Amerika Syarikat. Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, Gustave Eiffel mendaki semua anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis. Biarpun hilang gelaran menara tertinggi dunia, Menara Eiffel diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO).

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |

2. Arc de Triomphe (Pintu Gerbang Kemenangan)

Arc de Triomphe merupakan sebuah pintu gerbang yang berada ditengah-tengah kawasan Place Charles de Gaulle atau lebih dikenali sebagai Place de l'Étoile yang mana kawasan ini berada di hujung barat Champs Elysées. Arc de Triomphe ini dibina atas arahan Napoleon I yang bertujuan untuk menghargai kemenangan dan kejayaan tenteranya dalam peperangan. Struktur  binaan ini ini direka oleh Jean François Thérèse Chalgrin (1739-1811), dan siap sepenuhnya pada  tahun 1833 dan dirasmikan pada tahun 1836 oleh Raja Perancis iaitu Louis-Philippe. Reka bentuknya yang bersaiz sederhana besar iaitu 49.5 m (162 kaki) tinggi menggambarkan seni bina romantik neoklasik hasil binaan akhir abad ke-18. Pada Gerbang ini juga terdapat dua arca yang dibina bagi memperingati sejarah dua perang dunia yang meletus. Di bahagian atas arc ini pula diukir dengan nama-nama perang yang berlaku dan kejayaan yang diperolehi semasa era revolusi Perancis dan era Napoleon. Bagi kemenangan yang kurang penting dan nama 558 orang jeneral yang terlibat dalam perang ianya turut diukir pada bahagian di dalam Arc ini. Selain ukiran, terdapat juga muzium kecil yang diletakkan di dalam arc ini. Muzium ini menyimpan dokumen sejarah, reka bentuk arkitek dan binaan Pintu Gerbang tersebut.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 |

3. Champs-Élysées


Jalan Champs-Elysees
Avenue des Champs-Élysées merupakan salah satu jalan yang terdapat di Paris dan ia merupakan destinasi yang amat popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing untuk membeli-belah barang berjenama seperti pakaian, kasut, beg, dan perfume. Di sepanjang jalan Champs-Élysées ini terdapat deretan kedai mewah, cafe, Panggung wayang, dan teater yang disediakan bagi menarik orang ramai berkunjung di situ dan ia juga turut diserikan dengan tanaman pokok Aesculus hippocastanum atau lebih dikenali dengan nama horse-chestnut atau conker tree. 
Pemandangan Arc de Triomphe dari jalan Champs-Eleysees

Selain terkenal sebagai tempat untuk membeli-belah, jalan Champs-Élysées juga turut digunakan dalam menyambut hari-hari penting bagi negara Perancis, contohnya sambutan tahun baru, perarakan tentera, sambutan kemerdekaan, dan kemenangan dalam kejohanan bola sepak dunia. Di jalan ini juga terletaknya monumen bersejarah Perancis seperti Arc de Triomphe dan Place de le Concrode.


Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |

4. Muzium Lourve

                               Bahagian hadapan Muzium Lourve
Muzium Lourve ialah merupakan sebuah muzium yang menampatkan banyak karya seni dari seluruh dunia. Ia merupakan muzium yang paling besar di dunia dan menjadi salah satu tarikan pelancongan bagi negara Perancis. Muzium ini terletak di Rive Droite Seine, 1st Arondisemen di Paris, Perancis. Hampir 35.000 objek dari zaman prasejarah hingga abad ke-19 dipamerkan di kawasan seluas 60.600 meter persegi ini dan ia telah dibuka pada 10 ogos 1793. Untuk memasuki muzium ini, pengunjung boleh memilih samaada masuk melalui piramid, Carrousel du Lourve (mall bawah tanah), atau Porte des Lions (hujung barat bahagian denon wing)
               Seni bina Muzium Lourve pada abad ke-15
Pada asalnya, Muzium ini merupakan sebuah istana Louvre yang dibina pada abad ke-21 iaitu semasa pemerintahan Philip II untuk dijadikan kubu. Tinggalan kubu-kubu ini masih boleh dilihat di ruang bawah tanah muzium Lourve. Istana ini telah dibina secara berperingkat di mana pembinaan terawal telah dilakukan pada kurun ke-12 oleh Raja Philip II. Perubahan demi perubahan telah dilakukan ke atas istana ini hinggalah pada bentuk yang wujud pada masa kini. Piramid Lourve juga turut di bina pada tahun 1989 bagi menambahkan tarikan pada muzium ini dan ia berfungsi laluan utama muzium.
Koleksi yang dipamerkan di Muzium ini dibahagikan kepada 8 bahagian iaitu koleksi Mesir kuno, koleksi objek purbakala, Yunani, Etruskan, Romawi, Seni Islam, Patung, Seni Dekoratif, Seni Lukis, Cetakan dan Seni Gambar. Kesemua koleksi ini ditempatkan di 3 bahagian utama muzium Lourve iaitu bahagian Sully wing,  Richelieu wing, dan Denon wing.
       Richelieu wing
Bahagian Sully wing merupakan bahagian yang paling lama dalam muzium Lourve. Di tingkat 2 bahagian ini telah koleksi lukisan dan cetakan Perancis,  tingkat 1 dan bahagian bawah tanah pula menempatkan koleksi barang antik. 30 bilik di bahagian ini digunakan untuk meletakkan barang-barang dan ukiran antik mesir purba dari negara mesir, contohnya patung besar Firaun Ramesses II. Di bahagian ini juga, pengunjung boleh melihat tinggalan kubu istana Lourve. 
contoh-contoh arca yang dipamerkan
Bagi lukisan zaman pertengahan hingga abad ke-19 dari seluruh Eropah, ianya telah diletakkan di tingkat 2 bahagian Richelieu wing. Tingkat 1 pula menempatkan koleksi seni hiasan, dengan objek seperti jam, perabot, tembikar, permaidani, dan ruang mewah yang wujud pada zaman Napoleon III. Pada tingkat 1 dan kawasan bawah tanah pula diletakkan arca dan koleksi barangan antik dari timur tengah. Di bahagian Denon wing pula, telah diletakkan lukisan popular seperti Lukisan Mona Lisa yang telah dilukis oleh Leonardo da vinci. Tingkat bawah bahagian Denon pula menempatkan koleksi muzium antik Rom dan Etruscan dan juga koleksi ukiran dari Renaissance abad ke-19. 8 bilik juga turut digunakan bagi memaparkan artifak dari  Afrika , Asia, Oceania dan Amerika. Ukiran zaman pertengahan dari Eropah dipaparkan pada tingkat bawah bahagian ini.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |

Saturday, 1 March 2014

PEMBUKA BICARA


ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA KATA,WAALAIKUMUSSALAM ITU JAWABNYA,TULISAN INI PENGGANTI CERITA,UNTUK BACAAN SEMUA PEMBACA.

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Illahi untuk julung kalinya, entri yang dikongsikan ini hanya sekadar ilmu duniawi. Kami berdua berusaha menghasilkan blog ini bagi berkongsi maklumat berkaitan dengan institusi pembangunan islam yang ada di Perancis. Kami berharap dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak dapat membantu pembaca untuk lebih memahami tentang kepelbagaian institusi pembangunan islam yang ada di Perancis.