Assalamualaikum
w.b.t....
Apa khabar?
Kami berharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam lindunganNya.
Amin. :)
Untuk entri kali ini, kami akan menceritakan serba sedikit mengenai Negara Perancis. Bak
kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Oleh itu sebelum kami bercerita dengan lebih
lanjut tentang Institusi Pembangunan Islam di negara ini adalah lebih baik sekiranya kita
mengetahui dengan lebih dekat tentang latar belakang negara yang dikenali
sebagai kota cinta ini.
1. Profil
Negara
Nama Lengkap : Republik Perancis
Area : 547,030 sq km (daratan: 545,630 sq km;
air: 1,400 sq km) tidak termasuk teritori
luar/overseas territory
Populasi : 63.4 juta
Ibukota : Paris
Bahasa : Perancis
Agama :
Kristien (Protestan, Katolik Roma, Katolik)
Mata wang : Euro (1 Euro = 100 sen)
Ketua negara : Presiden Nicolas
Sarkozy (UMP)
Perdana Menteri
: M. François Fillon (UMP)
Eksport Utama : produk pertanian termasuk anggur (wine)
2.Bendera
Napoleon Bonaparte telah memperkenalkan bendera Negara Perancis pada tarikh 17 Mei 1853. Bendera ini memiliki tiga warna iaitu
biru, putih, dan merah. Warna pada bendera ini telah diperkenalkan oleh Valéry
Gerard d'Esting dan dilaksanakan pada tahun 1789 semasa Revolusi Perancis.
Ketiga-tiga warna pada bendera ini mempunyai maknanya yang tesendiri iaitu biru
melambangkan kebebasan (Liberté), putih melambangkan keseteraan (égalité), dan
merah pula melambangkan persaudaraan (fraternité).
Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |
3. Kedudukan Geografi
Negara
ini bersempadan dengan negara German, Switzerland, dan Itali pada sebelah
Timur, Teluk Biscay pada sebelah Barat, Selat Inggeris pada sebelah Utara, dan laut Mediterranean dan Spain pada sebelah Selatan. Masyarakat Perancis juga
memanggil Perancis sebagai I’Hexagone
(“The Hexagone”) kerana bentuk negara ini seakan-akan Hexagone.
Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |
4. Tempat Menarik
Antara
tempat menarik yang ada di negara ini :
1. Menara Eiffel
1. Menara Eiffel
Menara Effiel |
Menara
Eiffel atau dikenali sebagai Tour Eiffel
dalam bahasa perancis ini, merupakan sebuah menara besi yang dibina di atas Champ de Mers bersebelahan Sungai Seine
di Paris, Perancis. Menara Eiffel ini merupakan bangunan yang tertinggi dan
paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbo lnegara
Perancis. Nama menara ini diambil bersempena nama penciptanya iaitu Gustave Eiffel.
Dibuka
dengan rasminya pada 31 Mac 1889, Menara Eiffel yang memiliki ketinggian
300 meter (1,063 kaki) dan diatasnya terdapat 'Antena Televisyen' setinggi 24 m
ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan. Selain digunakan untuk perlancongan
Menara Eiffel juga dijadikan Menara Pemerhati. Untuk pengetahuan pembaca,
menara ini memiliki 3 lif iaitu di aras bawah, tengah dan atas. Di sebalik
binaan besinya, mercu tanda ini memiliki 1,710 anak tangga yang menjadikannya
menara tertinggi di dunia sehingga 1931 sebelum pembinaan Empire State Building
di New York, Amerika Syarikat. Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, Gustave
Eiffel mendaki semua anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri
bendera Perancis. Biarpun hilang gelaran menara tertinggi dunia, Menara Eiffel
diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO).
2. Arc de
Triomphe (Pintu Gerbang Kemenangan)
Arc de Triomphe merupakan sebuah pintu gerbang yang berada ditengah-tengah kawasan Place Charles de Gaulle atau lebih dikenali sebagai Place de l'Étoile yang mana kawasan ini berada di hujung barat Champs Elysées. Arc de Triomphe ini dibina atas arahan Napoleon I yang bertujuan untuk menghargai kemenangan dan kejayaan tenteranya dalam peperangan. Struktur binaan ini ini direka oleh Jean François Thérèse Chalgrin (1739-1811), dan siap sepenuhnya pada tahun 1833 dan dirasmikan pada tahun 1836 oleh Raja Perancis iaitu Louis-Philippe. Reka bentuknya yang bersaiz sederhana besar iaitu 49.5 m (162 kaki) tinggi menggambarkan seni bina romantik neoklasik hasil binaan akhir abad ke-18. Pada Gerbang ini juga terdapat dua arca yang dibina bagi memperingati sejarah dua perang dunia yang meletus. Di bahagian atas arc ini pula diukir dengan nama-nama perang yang berlaku dan kejayaan yang diperolehi semasa era revolusi Perancis dan era Napoleon. Bagi kemenangan yang kurang penting dan nama 558 orang jeneral yang terlibat dalam perang ianya turut diukir pada bahagian di dalam Arc ini. Selain ukiran, terdapat juga muzium kecil yang diletakkan di dalam arc ini. Muzium ini menyimpan dokumen sejarah, reka bentuk arkitek dan binaan Pintu Gerbang tersebut.
3. Champs-Élysées
Avenue des
Champs-Élysées merupakan salah satu jalan yang terdapat di Paris dan ia
merupakan destinasi yang amat popular dalam kalangan penduduk tempatan dan
pelancong asing untuk membeli-belah barang berjenama seperti pakaian, kasut,
beg, dan perfume. Di sepanjang jalan Champs-Élysées ini terdapat deretan kedai
mewah, cafe, Panggung wayang, dan teater yang disediakan bagi menarik orang
ramai berkunjung di situ dan ia juga turut diserikan dengan tanaman pokok Aesculus hippocastanum atau lebih
dikenali dengan nama horse-chestnut atau
conker tree.
Selain terkenal sebagai tempat untuk membeli-belah, jalan Champs-Élysées
juga turut digunakan dalam menyambut hari-hari penting bagi negara Perancis,
contohnya sambutan tahun baru, perarakan tentera, sambutan kemerdekaan, dan
kemenangan dalam kejohanan bola sepak dunia. Di jalan ini juga terletaknya monumen
bersejarah Perancis seperti Arc de
Triomphe dan Place de le Concrode.
4. Muzium Lourve
3. Champs-Élysées
Jalan
Champs-Elysees
|
Pemandangan Arc de Triomphe dari jalan Champs-Eleysees |
4. Muzium Lourve
Bahagian
hadapan Muzium Lourve
|
Muzium Lourve ialah merupakan
sebuah muzium yang menampatkan banyak karya seni dari seluruh dunia. Ia
merupakan muzium yang paling besar di dunia dan menjadi salah satu tarikan
pelancongan bagi negara Perancis. Muzium ini terletak di Rive Droite Seine, 1st
Arondisemen di Paris, Perancis. Hampir 35.000 objek dari zaman prasejarah
hingga abad ke-19 dipamerkan di kawasan seluas 60.600 meter persegi ini dan ia
telah dibuka pada 10 ogos 1793. Untuk memasuki muzium ini, pengunjung boleh
memilih samaada masuk melalui piramid, Carrousel du Lourve (mall bawah tanah),
atau Porte des Lions (hujung barat bahagian denon wing)
Seni
bina Muzium Lourve pada abad ke-15
|
Pada asalnya, Muzium ini merupakan
sebuah istana Louvre yang dibina pada abad ke-21 iaitu semasa pemerintahan
Philip II untuk dijadikan kubu. Tinggalan kubu-kubu ini masih boleh dilihat di
ruang bawah tanah muzium Lourve. Istana ini telah dibina secara berperingkat di
mana pembinaan terawal telah dilakukan pada kurun ke-12 oleh Raja Philip II. Perubahan
demi perubahan telah dilakukan ke atas istana ini hinggalah pada bentuk yang wujud
pada masa kini. Piramid Lourve juga turut di bina pada tahun 1989 bagi menambahkan
tarikan pada muzium ini dan ia berfungsi laluan utama muzium.
Koleksi yang dipamerkan di Muzium
ini dibahagikan kepada 8 bahagian iaitu koleksi Mesir kuno, koleksi objek
purbakala, Yunani, Etruskan, Romawi, Seni Islam, Patung, Seni Dekoratif, Seni
Lukis, Cetakan dan Seni Gambar. Kesemua koleksi ini ditempatkan di 3 bahagian
utama muzium Lourve iaitu bahagian Sully wing,
Richelieu wing, dan Denon wing.
Richelieu wing |
Bahagian Sully wing merupakan
bahagian yang paling lama dalam muzium Lourve. Di tingkat 2 bahagian ini telah
koleksi lukisan dan cetakan Perancis,
tingkat 1 dan bahagian bawah tanah pula menempatkan koleksi barang
antik. 30 bilik di bahagian ini digunakan untuk meletakkan barang-barang dan
ukiran antik mesir purba dari negara mesir, contohnya patung besar Firaun
Ramesses II. Di bahagian ini juga, pengunjung boleh melihat tinggalan kubu
istana Lourve.
contoh-contoh
arca yang dipamerkan
|
Bagi lukisan zaman pertengahan hingga abad ke-19 dari seluruh
Eropah, ianya telah diletakkan di tingkat 2 bahagian Richelieu wing. Tingkat 1
pula menempatkan koleksi seni hiasan, dengan objek seperti jam, perabot,
tembikar, permaidani, dan ruang mewah yang wujud pada zaman Napoleon III. Pada
tingkat 1 dan kawasan bawah tanah pula diletakkan arca dan koleksi barangan
antik dari timur tengah. Di bahagian Denon wing pula, telah diletakkan lukisan
popular seperti Lukisan Mona Lisa yang telah dilukis oleh Leonardo da vinci.
Tingkat
bawah bahagian Denon pula menempatkan koleksi muzium antik Rom dan Etruscan dan
juga koleksi ukiran dari Renaissance abad ke-19. 8 bilik juga turut digunakan
bagi memaparkan artifak dari Afrika ,
Asia, Oceania dan Amerika. Ukiran zaman pertengahan dari Eropah dipaparkan pada
tingkat bawah bahagian ini.
No comments:
Post a Comment