Background Music Instrumentals

Tuesday, 25 March 2014

ISLAM DI PERANCIS

Agama Islam merupakan salah satu agama yang mendapat perhatian serius daripada masyarakat di negara Perancis. Ini terbukti apabila masyarakat muslim di negara ini dianggarkan berjumlah 6.5 milion orang pada tahun 2013. Anggaran ini diperolehi melalui kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan statistik jumlah masyarakat Perancis yang berasal dari negara Islam.

Jika diteliti perkembangan Islam di negara ini, ia telah mula berkembang pesat sejak akhir abad ke-19 dan abad ke-20 lagi. Imigran Islam yang datang dari negara Maghribi, Libya, Mauritania dan lain-lain negara memainkan peranan penting dalam mengembangkan agama Islam ini di Perancis. Pada tahun 1960-an pula berlaku penghijarahan besar-besaran masyarakat Islam Arab yang bekerja sebagai  buruh di Benua Eropah khususnya di Perancis. Hal ini menambahkan lagi bilangan penduduk Islam di situ hingga mencapai 7 juta orang dan menjadikan Perancis sebagai negara yang mempunyai penganut Islam yang paling ramai di Eropah disusuli dengan negara German dan Britin. Selain itu, kehadiran buruh daripada negara Afrika dan sebahagian benua Asia juga turut mengembangkan lagi agama Islam di negara ini.

Dalam hal ini, kehadiran masyarakat muslim di Perancis telah menarik sebahagian besar masyarkat perancis yang beragama kristian untuk memeluk Islam dan ini menjadikan Islam semakin bertapak kukuh di Perancis. Perkembangan positif walau bagaimanapun memberikan kebimbangan kepada pihak pemerintah Perancis. Justeru itu, pelbagai sekatan dilakukan untuk mengurangkan pengaruh agama Islam di situ. Antara sekatan tersebut ialah melarang para imigran menyebarkan agama Islam, dan mengetatkan peraturan kemasukan buruh luar khususnya yang beragama Islam. Di samping itu, para muslimah juga dilarang mengenakan tudung di kawasan kerja dan institusi pendidikan.

Dalam hal ini, walaupun mendapat tentangan namun syair Islam tetap terus berkembang di Perancis hingga ke hari ini. Banyak Institusi dan organisasi Islam ditubuhkan bagi membantu masyarakat Islam di situ. Antara organisasi tersebut ialah Union Des Organisations Islamques De France (UOIF) atau dalam bahasa inggeris dikenali Union of Islamic Organisations of France . Ia merupakan organisasi Islam yang  utama bagi masyarakat Islam Perancis. Tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu masyarakat Islam Perancis dari segi agama, pendidikan, sosial, budaya, dan kemanusiaan. UOIF ini juga merupakan kesatuan utama bagi lebih 200 organisasi Islam.

Selain UIOF, terdapat juga institusi Islam lain yang ada di Perancis. Antaranya ialah Instiusi Pendidikan, peribadatan, dan Perbankan. Kesemua institusi ini telah memainkan peranan penting dalam pembangunan islam di Perancis hingga ke hari ini. 

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |

No comments:

Post a Comment