Interprestasi awal mengenai keseluruhan kepelbagaian
Institusi Pembangunan Berteraskan Islam di Negara Perancis adalah lebih
berfokus kepada perkembangan Institusi Pembangunan Berteraskan Islam di negara
tersebut. Terdapat pelbagai Institusi Pembangunan Berteraskan Islam yang wujud
di Negara Perancis ekoran daripada pertambahan populasi umat Islam di sana.
Perkembangan Institusi Pembangunan Islam ini pada awalnya tidak mempunyai
sebarang bentuk permasalahan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penerimaan
daripada penduduk asal perancis yang majoritinya beragama katolik terhadap kemasukan
umat Islam di negara sekular tersebut terutamanya daripada negara bekas jajahan
Perancis seperti Magribi, Libya, Mauritania, dan sebagainya sejak awal abad
ke-19 lagi. Kehadiran imigran asing ini telah membantu memperkembangkan syiar
Islam di negara Perancis. Ciri-ciri yang terdapat pada agama Islam seperti
mencintai kedamaian, bersifat universal, dan mengamalkan kesamarataan antara
semua golongan manusia telah berjaya menarik lebih ramai masyarakat asal
Perancis untuk menganut agama Islam. Ini jelas terbukit apabila setiap tahun
berlaku pertambahan umat Islam di sana. Pertambahan umat Islam ini telah
menjadi pendorong utama terhadap pembentukan Institusi berteraskan Islam di
negara tersebut. Sebagai contoh perkembangan dalam Institusi Peribadatan,
Institusi Perbankan, Institusi Pendidikan, Institusi Perniagaan, Institusi
Perkahwinan, Institusi Hisbah dan Institusi Sosial telah dapat dibangunkan
dengan sempurna di negara tersebut walaupun mendapat tentangan daripada
masyarakat bukan beragama Islam di sana. Tentangan terhadap umat Islam masih
berlaku sehingga ke hari ini.
Background Music Instrumentals
Wednesday, 7 May 2014
Sunday, 4 May 2014
ISU BERBANGKIT INSTITUSI SOSIAL
Institusi Sosial di
Negara Perancis dikenali juga sebagai Institusi Kemasyarakatan. Institusi
tersebut memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan hubungan sosial di
antara penduduk yang beragama Islam dan penduduk yang tidak menganut agama Islam (penduduk asal Perancis). Pada awalnya, kependudukan di Negara Perancis
tidak mempunyai kapasiti penduduk yang ramai namun akibat daripada peperangan,
rusuhan, ingin mendapatkan perlindungan di negara yang selamat dan faktor
pekerjaan telah menyebabkan ramai penduduk daripada negara luar tinggal menetap
di Negara Perancis. Bahkan, majoriti penduduk yang berhijrah ke Perancis
menganut agama Islam dan berasal daripada negara Islam. Berikut merupakan data
yang diperolehi daripada I’INSEE setelah menjalankan kajian terhadap peratusan
bilangan penduduk yang menganut agama Islam di Perancis :
Tahun 2007
Jumlah pendatang yang
berhijrah ke Perancis adalah 8.3% daripada keseluruhan penduduk iaitu
63.713.926 orang.
Tahun 2008
3.1 juta warga Perancis
yang berumur 18 tahun sehingga 50 tahun adalah daripada keturunan pendatang,
iaitu
- 50% penduduk adalah mewarisi penghijrahah ayah dan ibu.
- 30% penduduk adalah mewarisi pengijrahan bapa.
- 20% penduduk adalah mewarisi pengijrahan ibu.
Bancian yang telah
dibuat pada tahun 2010 pula memberikan data mengenai peratusan bilangan anutan
agama penduduk, iaitu
- 85% menganut agama Katolik Rom
- 10% menganut Agama Islam
- 2% adalah dari kalangan Protestan
- 1% menganut agama Yahudi
Berdasarkan daripada
jumlah penduduk yang menganut agama islam, semkin hari semakin bertambah telah
mendatangkan kebimbangan terhadap pemerintah Perancis. Beliau berusaha untuk
menghalang penduduk yang mengamalkan ajaran Islam daripada berpegang teguh
terhadap amalan agamanya. Oleh itu, terdapat beberapa isu sensitif yang telah
dilaksanakan oleh pemerintah Perancis kepada penduduk Islam.
Untuk Keterangan Lanjut
| Sila Klik Sini | 1 |
ISU PEMAKAIAN TUDUNG OLEH WANITA
Kemasukan pendatang
daripada negara luar ke dalam Negara Perancis, pada awalnya diterima oleh
penduduk asal Perancis dan pemerintah di Negara itu sendiri. Oleh itu, penduduk
yang mengamalkan ajaran agama Islam menjalankan tuntutan di dalam agama
tersebut dengan menutup aurat. Wanita islam memakai tudung.
Hal ini bermula pada
tahun 2004, di mana satu undang-undang telah diluluskan mengenai pengharaman
pemakaian tudung, salib, serban dan simbol keagamaan lain di sekolah umum
Perancis. Keadaan ini telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Hal ini
ditegaskan oleh penyokong larangan tersebut dengan mengatakan bahawa sekolah
umum perlu mengikuti peraturan sekular yang telah diamalkan namun terdapat
sesetengah umat islam yang mencabar undang-undang tersebut dengan mengatakan
bahawa tidak wajar untuk menghukum gadis Islam sebegitu. Terdapat juga
sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa pemakaian tudung bertentangan dengan
prinsip “laicite” yang menjadi nilai
asas Negara Perancis. Namun begitu, kerajaan Perancis telah mengisytiharkan
negara tersebut dengan memberikan kebebasan individu dalam beragama. “Laicite” merupakan undang-undang “Declaration des Droits de I’homme et du
Citoyen, 1789” yang telah dirangka oleh Jules Fery pada tahun 1881-1882.
Beliau mengatakan mana-mana amalan yang bertentangan dengan prinsip utama
Perancis adalah tidak sesuai untuk diamalkan di negara tersebut.
Pada 11 April 2011,
pengharaman purdah kepada semua wanita islam di Negara perancis sekali lagi telah
diluluskan di dalam rang undang-undang Negara Perancis. Pemakaian merupakan salah satu pakaian wanita kepada wanita Islam yang menutup bahagian
muka mereka. Pengharaman purdah ini disokong baik oleh Menteri Dalam Negeri
iaitu Claude Gueant dengan mengatakan bahawa undang-undang yang diluluskan
adalah sangat jelas.
“Menyembunyikan
muka anda di tempat awam menjadi sebab untuk dikenakan tindakan undang-undang”
Pengaharaman tersebut
juga melindungi dua prinsip Perancis, iaitu
- Prinsip sekularisme.
- Prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita.
Namun, faktor sebenar yang
mendorong pengharaman purdah adalah bertujuan ingin menunjukkan nilai barat
mempunyai kuasa yang lebih besar sehingga boleh memencilkan kumpulan minoriti islam
yang berada di Perancis. Selain itu, penguasaan dari segi politik yang
mempunyai 3 dimensi dijadikan alasan utama, iaitu
- Tradisi sekular yang amat kuat di Negara Perancis.
- Majoriti penduduk Islam adalah daripada golongan pendatang asing yang berhijrah ke negara tersebut.
- Penduduk yang beragama islam adalah dari kumpulan minoriti yang mempunyai integrasi entik yang berbeza dengan budaya kebangsaan Perancis.
Keadaan ini merupakan
satu langkah yang dilakukan oleh Presiden Perancis bagi mengekalkan tradisi
budaya Perancis tersebut. Selain itu, beliau yakin akan mendapat sokongan
daripada penduduk Perancis. Hal ini kerana, bilangan wanita yang memakai purdah
adalah seramai 2.000 orang sahaja berbanding penduduk Islam sebenar yang tidak
memakai purdah adalah seramai 5 juta orang penduduk. Oleh itu, bantahan akan
dilakukan oleh majoriti wanita Islam di negara tersebut sahaja.
Oleh itu, undang-undang
tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada kumpulan dan organisasi dengan
mengatakan bahawa tindakan Presiden Perancis hanya sekadar ingin mengecilkan
umat Islam di negara tersebut.
Berikut merupakan salah
seorang yang mengambil tindakan atas bantahan pegharaman purdah tersebut.
Nama : Rachid Nekkaz
Umur : 38 Tahun
Pekerjaan : Ahli Perniagaan Islam
Bidang Pekerjaan :
Pemaju Tanah
Tindakan :
- Memulakan kempen dengan menyediakan dana untuk membayar denda yang dikenakan oleh wanita islam yang memakai purdah sebanyak 1,000,000 euro.
- Menubuhkan kumpulan kempen “Hand off my constitution” denan menjual beberapa hartanah di Pinggir Bandar, Paris.
- Menghantar memorandum yang bertajuk “Anti-Perlembagaan” kepada Presiden Sarkozy yang berjumlah 7 euro agar mengambil cadangannnya seterusnya membatalkan pengaharaman memakai purdah.
Keputusan mengenai
larangan memakai purdah mendapat persetujuan daripada Dewan Rendah Negara dan
berjaya memperolehi undian daripada Ahli Dewan Rakyat sebanyak 335 undi
berbalas 1. Undang-undang tersebut akan dirasmikan pada musim bunga pada tahun
2011 dan akan disahkan oleh Senator Perancis. Oleh itu, Nekkaz bersama-sama
5,000,000 umat Islam membantah undang-undang tersebut kerana ia dianggap
sebagai satu penganiayaan terhadap agama islam kerana kurang daripada 2,000
orang Perancis yang memakai tudung. Namun begitu, Presiden Sarkozy mengatakan
bahawa pemakaian tudung akan menjatuhkan maruah seorang wanita. Hal ini juga
mendapat sokongan daripada Menteri Keadilan iaitu Michele Alliot-Marie.
Kewajipan menutup aurat
telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah di dalam Surah An Nur, ayat 31.
“Dan katakanlah kepada
para perempuan yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormaran mereka, dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasaan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher najunya dengan tundung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasaan tubuh mereka”
Pemakaian tudung
merupakan tuntutan agama yang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam. Namun,
disebabkan faktor pemerintah yang tidam menganut agama Islam telah menyebabkan
isu larangan memakai tudung dan purdah digubal di dalam rang undang-undang
Perancis. Hal ini dianggap tidak rasional kerana pemakaian tudung dan purdah
merupakan amalan di dalam kehidupan seharian bahkan ia sama sekali tidak
menggangu pandangan orang lain terhadap dirinya. Namun, penduduk Islam di
Perancis terpaksa berdepan dengan keadaan tersebut akibat daripada statusnya
sebagai pendatang asing.
INSTITUSI HISBAH
Institusi Hisbah di
Perancis dapat dikenalpasti dengan kewujudan beberapa persatuan yang telah
mengambil tanggungjawab bagi memelihara agama Islam di negara tersebut.
Persatuan Pertubuhan
Islam Perancis (UOIF)
Logo UOIF |
Nama Persatuan dalam
Bahasa Perancis : The Union des Organisations Islamiques de France (UOIF)
Nama Persatuan dalam Bahasa
Inggeris : Union of Islamic Organization of France
Tarikh Pertubuhan :
Tahun 1983 (ada 15 organisasi)
Lokasi :
Meurthe-et-Moselle
Pelopor :
Dua Orang
Pelajar Asing
Abdullaah Ben Mansour
(Tunisia)
Mahmoud Zouheir (Iraq)
Mahmoud Zouheir (Iraq)
Pengiktirafan :
Presiden Nicolas
Sarkozy memasukkan pertubuhan ini ke dalam Conseil Francais di Culte Musulman
tetapi mendapat kritikan daripada semua Menteri
Tujuan Pertubuhan :
- Mengambil tindakan terhadap keperluan agama, budaya, pendidikan, sosial dan kemanusiaan Orang Islam di Perancis.
- Memudahkan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan membantu dalam pemerolehan dan pembinaan masjid dan menyediakan pajakan persatuan Islam, pinjaman, bailmen atau dengan cara lain, premis yang perlu bagi aktiviti-aktiviti mereka.
- Membentangkan dan publisiti Islam, keterbukaan dan toleransi, etika dan moral manakala bergantung kepada pemahaman keseimbangan dan nilai-nilai praktikal tulen.
- Menyediakan dan menggalakkan latihan dan pendidikan agama Islam, teologi dan rohani.
- Bekerja untuk peyertaan sivik umat Islam di Perancis.
- Mempertahankan hak-hak asasi, kebebasan agama dan kebebasan beragama.
- Memerangi segala bentuk diskriminasi iaitu perkauman, Islamphobia dan hasutan kebencian kaum.
- Menggalakkan dialoq dengan pelbagai keluarga agama Perancis dan institusi masyarakat sivil bagi mengukuhkan perpaduan sosial.
- Mewujudkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan institusi-institusi agama dan sosial Perancis, Eropah dan antarabangsa.
- Menubuhkan, mengatur dan mendalamkan hubungan antara persatuan Islam di Perancis dan membantu mereka mengembangkan kemahiran mereka dan untuk kerjasama.
Persatuan Pertubuhan
Islam Perancis merupakan salah satu pertubuhan yang dibangunkan di bawah
pengurusan Masjid Besar Lyon, Paris. Ia merupakan pertubuhan Islam yang
terkenal di negara tersebut. Pada tahun 2005, bilangan organisasi yang berada di
bawah Pertubuhan ini adalah sebanyak 200 organisasi.
Carta Organisasi
Pertubuhan
Berikut merupakan
contoh beberapa organisasi yang wujud
- Umat Islam Muda perancis Sila Klik Sini | 1 |
- Pelajar Islam Perancis Sila Klik Sini | 1 |
- Liga Perancis Wanita Islam Sila Klik Sini | 1 |
- IESH Paris Sila Klik Sini | 1 |
- Avicenna Persatuan Perubatan Perancis Sila Klik Sini | 1 |
- Perkhidmatan Halal Eropah Sila Klik Sini | 1 |
- Jawatankuasa Kebajikan dan Bantuan kepada Rakyat Palestin Sila Klik Sini | 1 |
Untuk Keterangan Lanjut
| Sila Klik Sini | 1 |
Persatuan ARIF
Logo ARIF |
Nama : Persatuan
Pelajar dan Rakyat Malaysia Islam di Perancis
ARIF bertindak sebagai
sebuah organisasi rakyat Malaysia yang beragama Islam di Perancis. Berikut
merupakan tujuan ARIF,
- Menjadi satu badan induk yang mewakili rakyat Malaysia yang beragama Islam di Perancis untuk menjadikan pegangan agama dan akhlak mulia sebagai satu pemacu kecemerlangan intelektual.
- Mengukuhkan kesatuan dan perpaduan antara semua rakyat Malaysia yang beragama Islam di samping merapatkan hubungan antara kaum bagi melahirkan satu masyarakat Malaysia yang kuat dan bersatu.
- Menjadi platform bagi rakyat Malaysia yang beagama Islam dan juga masyarakat bukan Islam dalam memahami dan mendalami agama Islam serta menyertai aktiviti-aktiviti keagamaan, pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan dan lain-lain.
- Memupuk dan membina sifat-sifat terpuji dalam diri rakyat Malaysia yang beragama Islam iaitu kesejahteraan akidahnya, kesempurnaan ibadah, keluhuran akhlak, berpegetahuan luas, sihat tubuh badan, mampu berdikari, ammpu mengawal diri, kecekapan menjaga masa, bekerja secara sistematik dan bermanfaat kepada orang lain.
- Menjadi platform untuk melindungi kebajikan rakyat Malaysia yang beragama Islam terutamanya kepada golongan pelajar yang menuntut di Perancis.
- Menjalin hubungan dan mengadakan kerjasama dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang selaras dengan ARIF.
Carta Orgnisasi
Persatuan
Sila Klik Sini | 1 |
Untuk Keterangan Lanjut
| Sila Klik Sini | 1 |
MASAF
Logo MASAF |
Nama : Persatuan
Pelajar Malaysia di Perancis
Tarikh Penubuhan :
Tahun 2007
Pelopor : Sekumpulan
Rakyat Malaysia
Kaedah :
Mereka akan
mengembara di seluruh Perancis untuk memaklumkan tentang kewujudan Persatuan
ini
Pengiktirafan :
Berdaftar dan diiktiraf oleh Kerajaan Perancis
Persatuan Nasional
Islam Perancis
Presiden utama 1985 :
Jacques Yacoub Roty (Orang Perancis)
Presiden kedua
1986 : Daniel Youssof Leclerc (Mualaf
Perancis Islam dan Presiden Taybat)
Tarikh Penubuhan : 30
November 1985
Tujuan : Bertindak
secara rasmi bagi melindungi Orang Islam di Perancis
Pengiktirafan :
Undang-Undang 1901
Cawangan : Muslim World
League (Rabitat al-‘Alam al-Islami)
Organisasi :
Lima belas
orang ahli dan Tujuh timbalan (lima ahli dipilih daripada keluarga Islam lama
Perancis)
Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |
Saturday, 3 May 2014
INSTITUSI PERKAHWINAN
Perkahwinan adalah
salah satu Institusi Pembangunan berteraskan Islam yang telah berkembang dengan
ketara sejak dari zaman Rasulullah S.A.W sehingga ke hari ini. Ia merupakan
peringkat yang perlu dicapai oleh setiap orang di dalam kehidupan mereka malah
dianggap sebagai asas penting dalam pembentukan masyarakat. Oleh itu, pada kali
ini kami akan menerangkan mengenai perkembangan Institusi Perkahwinan di Negara
Perancis.
Perkahwinan berasal
daripada kata kerja Latin Maritare iaitu gelaran suami diberikan kepada lelaki
manakala gelaran isteri pula diberikan kepada perempuan.
Sejarah Institusi
Perkahwinan Di Negara Perancis
Perkahwinan di Perancis
pada awalnya merupakan sebuah institusi yang mengiktiraf seorang lelaki dan seorang
wanita yang telah berjanji untuk hidup bersama di dalam meningkatkan taraf Institusi kekeluargaan di dalam masyarakat. Hal ini amat bertepatan dengan
istilah ‘perkahwinan’ yang digunapakai di dalam semua agama. Pasangan yang
berkahwin akan dapat melahirkan zuriat yang baik. Perkahwinan juga merupakan
faktor utama yang telah menyebabkan warga asal Perancis menganut agama Islam,
iaitu :
- Bancian yang telah dikeluarkan oleh Surat Khabar Perancis menunjukkan bahawa pada tahun 2006, jumlah penduduk asal Perancis yang menganut agama Islam telah mencapai 60,000 orang. Mereka terdiri daripada anutan agama yang berbeza-beza seperti agama Buddha, agama katolik dan agama sekular. Selain itu, majoriti penduduk mengatakan bahawa mereka terdorong untuk memeluk Islam disebabkan oleh keindahan Islam itu di dalam kehidupan. Malah, mereka juga terdiri daripada pemuda kota yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan berfikiran moden. Komuniti muslim yang berada di Perancis amat memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan agama Islam. Sebagai bukti, 3% adalah daripada golongan tentera. Manakala, golongan lelaki adalah sebanyak 83% dan 17% adalah daripada golongan perempuan.
- Perkahwinan di antara warga muslim dengan non-muslim adalah dibolehkan di dalam Islam. “Umat islam mempunyai sifat yang toleran, memiliki akhlak yang baik, taat beragama, solat lima waktu, tidak meminum arak dan tidak melakukan perkara jahat”
- Siaran saluran radio “Suara Perancis” adalah di dalam bentuk nasihat, arahan, dialoq mengenai permasalahan sosial dan keagamaan berlangsung selama 18 jam sehari. Siaran tersebut dilakukan oleh Sami Abdus Salam selaku Pengarah Acara Radio. Hasil daripada siaran tersebut, terdapat 99% pemuda muslim di Perancis tidak memakan daging babi malah hari demi hari terdapat penambahan bilangan orang yang memeluk agama Islam.
Berdasarkan daripada
kajian yang telah dilakukan, jumlah populasi umat Islam di Negara Perancis akan
meningkat sebanyak 3 kali ganda pada tahun 2020, iaitu sekitar 20 juta warga
muslim. Hal ini disebabkan oleh pertumbuhan penduduk muslim adalah berkadar
cepat dan besar malah dijangka ramai pendatang muslim dan juga warganegara asal
Perancis yang memeluk islam. Namun akibat daripada kemunculan undang-undang
baru iaitu di dalam Kod Sivil telah mentakrifkan ikatan perkahwinan yang
berlaku di antara dua orang manusia yang mempunyai jantina yang sama (lelaki dengan
lelaki) di bolehkan di dalam Institusi Perkahwinan di Perancis.
Perkahwinan Sivil
merupakan perkahwinan untuk semua agama yang telah dicadangkan oleh Paul
Hervieu yang membolehkan dua orang lelaki untuk berkahwin. Sebelum Revolusi
Perancis berlaku, perbezaan di antara Perkahwinan Sivil dan agama tidak pernah wujud
kerana Perkahwinan Sivil adalah ciptaan republik semata-mata bagi memenuhi
nafsu peribadi yang tidak dituntut di dalam agama.
Selepas Revolusi
Perancis berjaya dihentikan, terdapat permintaan daripada golongan protestan
yang menginginkan Perkahwinan Sivil dibolehkan di dalam negara tersebut. Hal
ini berdasarkan daripada Perintah Versailles yang berlaku pada bulan November
1787. Tambahan pula, idea Perkahwinan Sivil ini mendapat sokongan yang baik di
kalangan Imam refraktori. Namun begitu, golongan gereja amat mengkritik idea
tersebut kerana bertentangan daripada ajaran agama yang mereka anuti.
Kronologi Sistem
Undang-undang Perkahwinan
Perkahwinan
Sivil yang digubal pada tahun 1791 merupakan satu perubahan drastik yang
berlaku di Negara Perancis bagi mengikuti perkembangan arus politik di antara keperluan
kontrak sosial manusia dan keperluan Institusi itu sendiri.
Tahun
1791
- Institusi Perkahwinan Sivil dan Sekular diluluskan oleh Perlembagaan September 3.
Tahun
1792
- Menurut kepada dekri 20-25 September 1792, perkahwinan yang dilakukan di luar, pegawai perbandaran perlu bertanggungjawab untuk menyimpan maklumat penting. Perkahwinan juga boleh dibatalkan dengan perceraian jika kedua-dua pasangan tersebut berkendakkan. Perkahwinan juga boleh dibubarkan atas sebab ketidakserasian .
Tahun 1804
- Pengubalan konsep revolusioner perkahwinan di dalam Kanun Sivil telah menetapkan bahawa seorang isteri yang berada di bawah kuasa suami tidak boleh melupuskan aset masyarakat. Perceraian perlu dikekalkan (perceraian dengan persetujuan bersama menggantikan perceraian bagi ketidakserasian). Perbezaan perceraian dibuat di antara kanak-kanak yang sah dan tidak sah.
Tahun 1816
- Pada 8 Mei 1816, Agama Katolik menjadi agama negeri di bawah Akta Pemulihan yang meluluskan cadangan daripada ahli ultra-pendukung Raja Louis de Bonald iaitu memansuhkan perceraian.
Tahun 1884
- Undang-undang yang digubal pada 27 Jul 1884 iaitu inisiatif radikal MP Alfred Naquet, memperkenalkan semula kes perceraian.
Tahun 1907
- Pengiktirafan hak-hak kepada wanita yang sudah berkahwin diutamakan (gaji atas usaha bekerja yang diperolehi wanita yang sudah berkahwin).
Tahun 1912
- Undang-undang pada 16 Disember telah menghapuskan larangan kepada seorang bapa. Ia memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang dilahirkan di luar nikah, yang membolehkan ibu untuk memohon subsidi kepada ibu bapa kanak-kanak itu.
Tahun 1938
- Jawatan sivil daripada wanita yang sudah berkahwin boleh dimohon atas sebab kontrak atau mendakwa tanpa kebenaran suaminya.
Tahun 1944
- Wanita dapat hak untuk mengundi.
Tahun 1960
- Wanita dapat hak untuk membuka akaun bank atau bekerja tanpa kebenaran suami.
13 Julai 1965
- Pengisytiharan undang-undang mengenai pembaharuan harta sepencarian. Undang-undang ini membuat kapasiti mengenai undang-undang yang berkesan untuk golongan wanita yang sudah berkahwin dan telah memperuntukkan kebebasan pasangan suami isteri dalam pengurusan harta mereka. Sebagai contoh, setiap pasangan perlu memberi pendidikan kepada anak-anak, hak isteri mempunyai akaun bank dan memilih profesion tanpa izin suaminya , keperluan bagi setiap pasangan untuk menyumbang kepada perbelanjaan perkahwinan itu mengikut fakulti. Akta ini juga memperkenalkan harta masyarakat, yang menjadi undang-undang jika tiada kontrak perkahwinan. Setiap pasangan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya bagi pengurusan harta yang dimiliki sebelum perkahwinan.
4 Jun 1970
- Menggubal Undang-Undang bagi menggantikan Kanun Sivil dengan undang-undang kuasa ibu bapa kepada "kuasa bapa". Perkara 213, Kanun Sivil memperuntukkan bahawa "pasangan perlu menyediakan diri kepada semua aspek moral dan bahan keprluan keluarga. "
3 Januari
1972
- Menggubal undang-undang memansuhkan peraturan diskriminasi antara sah, semula jadi dan tidak sah. "Semua kanak-kanak menurut undang-undang mempunyai hak yang sama dan kewajipan yang sama dalam membina hubungan mereka dengan bapa dan ibu mereka."
Tahun 1975
- Pada 11 Julai 1975, undang-undang perceraian telah mengiktiraf tiga kes seperti perceraian dengan persetujuan bersama, perceraian daripada bersekedudukan dan perceraian bagi pelanggaran diperbaharui dan hak-hak dan kewajipan perkahwinan. Perceraian tidak meletakkan satu pengakhiran kepada tanggungjawab kedua-dua ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
23 Disember
1985
Menggubal undang-undang untuk
kesamaan pasangan dalam perkahwinan. Undang-undang memindahkan apa-apa
rujukan kepada suami dan isteri untuk menandakan kesaksamaan antara pasangan
suami isteri. Undang-undang memperuntukkan:
- Setiap pasangan perlu lulus hanya satu daripada kontrak untuk penyelenggaraan isi rumah atau pendidikan anak-anak.
- Hak isteri untuk memilih profesion tanpa persetujuan pasangan.
- Setiap pasangan bebas untuk melupuskan gaji mereka selepas membayar perbelanjaan perkahwinan itu
- Kewajipan setiap pasangan untuk menyumbang kepada perbelanjaan perkahwinan itu berkadaran dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.
27 Julai 1987
- Pengisytiharaan yang dipanggil "undang-undang Malhuret" yang memberikan kuasa ibu bapa oleh kedua-dua ibu bapa, pasangan yang belum berkahwin dan bercerai mengikut undang-undang pasangan. Terdapat campur tangan daripada badan kehakiman.
8 Januari
1993
- Menggubal undang-undang yang enshrines iaitu prinsip umum kepada ibu bapa, sama ada berkahwin atau yang belum berkahwin, mereka telah mengiktiraf kanak-kanak tersebut pada tahun pertama kehidupan ketika tinggal bersama-sama, kedua-dua ibu bapa menggunakan kuasa undang-undang. Kuasa ibu bapa tidak boleh dilucutkan daripada menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan keputusan hakim dan atas sebab-sebab yang serius yang berkaitan dengan kepentingan kanak-kanak. Undang-undang juga mewujudkan beban mahkamah keluarga hakim yang menggantikan Matrimonial.
Oktober
1998
- Perbahasan di dalam Dewan Negara pada rang undang-undang untuk mewujudkan Perpaduan Pakatan Awam (PACS) dengan memberikan status untuk pasangan yang belum berkahwin. PACS terbuka kepada semua pasangan, bertentangan jantina atau seks yang sama. Terdapat satu usul bagi membatalkan perkara tersebut sekiranya timbalan Sosialis tidak mencukupi (apabila dia cadangan daripada PS). 13, persembahan, sebelum kumpulan PS dalam Dewan, versi baru yang PACS, yang merancang untuk membuka peruntukan tertentu termasuk adik-beradik.
November
1998
- Bacaan pertama dilakukan oleh Dewan Negara mengenai draf undang-undang baru pada PACS. Dari 4-8, menolak tiga usul prosedur yang difailkan oleh pembangkang. 7 demonstrasi di Paris membawa bersama-sama beribu-ribu orang menentang PACS dan disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang. 8, mengundi tindakan kawal selia untuk mempercepatkan perbincangan mengenai ribu pindaan dibentangkan oleh pembangkang mengutuk "penapisan." 9, penggantungan pertimbangan rang undang-undang sehingga 2 Disember.
31 Jan
1999
- Bantahan terhadap PACS di Paris disertai seramai 100,000 orang. Demonstrasi tersebut diketuai oleh kumpulan "anti-PACS Generasi" yang terdiri daripada pembangkang, persatuan keluarga dan ibu bapa yang pendidikan swasta.
Tahun 1999
- Pada 15 Jun 1999, Dewan Negara meluluskan draf undang-undang ke atas Perpaduan Pakatan Awam (PACS). 30, Senat menolak kajian rang undang-undang ini dengan mengundi usul prosedur kepada soalan sebelumnya . Daniel Vaillant, Menteri Perhubungan dengan Parlimen, mengatakan bahawa rang undang-undang yang akan tetap diluluskan pada bulan Oktober walaupun mendapat bantahan daripada Senat.
26 Jun 1999
- Lebih daripada 100,000 orang berarak di Paris untuk menyokong Gay Pride dengan moto beliau iaitu "untuk PACS dan terhadap homophobia". Pada hari yang sama, surat khabar "Le Monde" menyiarkan manifesto "untuk kesaksamaan gender", "kedua-dua di antara jantina dan sexualities," yang melibatkan "tuntutan feminisme dan pergerakan gay”.
15 November
1999
- Pengisytiharan Undang-Undang di PACS (OJ 15-16) selepas keputusan Majlis Perlembagaan mengesahkan undang-undang mengenai PACS sambil menyediakan "rizab tafsiran", termasuk konsep "hidup bersama".
Tahun 2001
- Pengisytiharan undang-undang mengenai hak-hak pasangan yang masih hidup dan anak-anak tidak sah taraf dan memodenkan pelbagai peruntukan undang-undang pusaka.
4 Mac 2002
- Menggubal undang-undang mengenai kuasa ibu bapa, yang menetapkan hak dan tugas antara ibu dan bapa, memberikan tempat tinggal untuk kanak-kanak daripada ibu bapa yang bercerai dan mewujudkan orang tengahdi dalam keluarga tersebut. Akta ini juga memperkenalkan prinsip kesamarataan antara semua bentuk warisan (warisan yang sah, semula jadi dan berzina). Enakmen Undang-Undang pada nama. Ia membolehkan ibu bapa untuk memilih nama keluarga. Penyataan bersama diberikan kepada anak-anak mereka terutama untuk memberikan dua nama mereka bersama-sama dalam perintah itu yang dipilih oleh mereka. Jika tiada pilihan, undang-undang positif memperuntukkan bahawa kanak-kanak akan mewarisi nama bapa.
26 Mei 2004
- Pengisytiharan Akta Perceraian yang (OJ daripada 27). Ia memudahkan proses ini dan menguatkuasakan kepentingan perjanjian di antara bekas suami dan isteri, terutamanya dari segi kuasa ibu bapa.
19 April 2005
- Timbalan Datuk Bandar (Greens) Begles tidak mengesahkan penghakiman Tribunal de Grande instance de Bordeaux, Mahkamah Bordeaux Rayuan membatalkan rayuan perkahwinan gay pertama di Perancis yang ingin dilaksanakan pada 5 Jun oleh Krismas Mamère.
4 Julai
2005
- Perintah yang menghapuskan apa-apa perbezaan antara hubungan darah yang sah dan lahir semula jadi.
1 Februari
2006
- Pembentangan dalam Majlis Menteri-menteri , bilangan mengenai kawalan kesahihan perkahwinan untuk menampung peningkatan jumlah perkahwinan daripada kemudahan dan kahwin paksa: mengukuhkan kawalan identiti calon-calon untuk berkahwin dan pendengaran pasangan suami isteri sekiranya berlaku keraguan mengenai persetujuan bebas daripada pihak-pihak yang berkenaan itu atau realiti projek perkahwinan; kewajipan untuk pasangan bawah umur masa depan untuk diluluskan oleh pendaftar.
23 Jun 2006
- Pengisytiharan undang-undang mengenai hak pusaka iaitu rakan kongsi yang masih hidup PACS, mereka adalah pasangan yang masih hidup, membenarkan beliau kecuali mewasiatkan pemberian, mempunyai keseronokan di rumah yang sama selama setahun, rakan PACS bukan waris yang layak malah amat bertentangan dengan pasangan yang masih hidup.
13 Mac
2007
- Mahkamah Agung secara muktamad membatalkan perkahwinan di antara dua lelaki, disambut pada tahun 2004 oleh Noël Mamère. Reaksi: PS menekankan keperluan untuk "menukar undang-undang" mengenai keibubapaan suami isteri dan gay.
29 Mei
2008
- Undang-undang jurnal yang berkuatkuasa Dalloz dilaporkan pada bulan April oleh Tribunal de Grande instance (TGI) Lille, mengungkapkan perkahwinan di antara dua orang yang beragama Islam untuk "kesilapan kepada sifat-sifat penting" daripada bersama, yang kedua setelah berbohong tentang kesuciannya. Pada 17 November, Mahkamah Rayuan Douai berbalik kepada penghakiman mahkamah Lille dan menolak pembatalan.
28 Januari
2011
- Majlis Perlembagaan, isu keutamaan perlembagaan, percaya perkahwinan gay adalah tidak mandat dan tidak dilarang oleh Perlembagaan. Ini bagi badan perundangan untuk membuat keputusan sama ada untuk membenarkan perkahwinan gay atau tidak.
Jun 2011
- Perdebatan negara buat kali pertama pada Parti Sosialis untuk membuka perkahwinan kepada pasangan yang sama-seks dan didaftarkan pada tahun 2006. Teks perhimpunan telah ditolak oleh 293 undi berbanding 222 undi.
7 November
2012
- Perbincangan di Majlis Menteri-menteri oleh Menteri Kehakiman membuka perkahwinan kepada pasangan yang sama jantina ("perkahwinan untuk semua"). Ia juga membolehkan penggunaan untuk pasangan yang sama-seks.
29 Januari
2013
- Permulaan perbahasan parlimen pada draf undang-undang mengenai perkahwinan untuk Majlis Nasional. Lebih daripada 5,000 pindaan telah dibentangkan dan kebanyakannya mendapat tentangan.
17 Mei 2013
- Pengisytiharan undang-undang membuka perkahwinan kepada pasangan yang sama jantina (OJ daripada 18). Sebelum 23 April 2013, rayuan oleh sekurang-kurangnya 60 ahli dan rayuan oleh sekurang-kurangnya 60 senator, Majlis Perlembagaan dalam keputusannya 17 Mei 2013 mendapati teks undang-undang mengikut Perlembagaan.
Perubahan keadaan dan
amalan perkahwinan yang berlaku di Negara Perancis ini amat berkait rapat
dengan keperluan dan status wanita di dalam masyarakat. Golongan wanita
seolah-olah tidak mempunyai fungsi kepada golongan lelaki malah mereka terpaksa
berdepan dengan kehidupan tanpa pasangan hidup.
Berikut merupakan bukti
perkahwinan gay pertama yang berlaku di Neagara perancis
Nama Pasangan : Vincent
Autin et Bruno Boileau
Undang-Undang :
Pengiktirafan perkahwinan sama jenis atau same-sex marriage
Berdasarkan daripada
tontonan perkahwinan pertama gay di khalayak umum telah menyebabkan munculnya
pelbagai pendapat mengenai penggubalan dasar tersebut di Perancis. Mereka
beranggapan perjuangan Perancis telah berjaya dicapai selama bertahun-tahun
dalam bakal membawa negara tersebut ke dalam dunia moden malah mereka beranggapan
ia juga sebagai satu perjuangan yang sebenar-benarnya. Selain itu, sekiranya
seseorang telah berbuat keputusan untuk memperolehi seorang anak maka secara automatik
kanak-kanak tersebut akan berasa gembira kerana akan tinggal bersama-sama dua
bapa yang hebat. Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa pasangan yang
secocok semestinya akan dapat menjaga hubungan baik sesame mereka. Akhir
sekali, mereka dapat menjadi ibu bapa yang baik kerana daripada golongan pemikir
yang bijak.
MASJID PASANGAN GAY
Pelopor : Ludovic
Mohamed Zahed (Berasal dari Algeria)
Nama Pasangan : Qiyam
al-Din (Berasal dari Afrika Selatan)
Ludovic Mohamed Zahed merupakan
seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria dan pasangannya Qiyam al-Din
yang berasal dari Afrika Selatan telah berkahwin di hadapan seorang imam yang
berasal dari Mauritania. Selain itu, Ludovic Mohammed Zahed merupakan seorang
penganut islam yang juga seorang homoseksual. Beliau merancang untuk mendirikan
masjid pertama ‘gay’ di Paris, Perancis. Pada awalnya masjid tersebut
beroperasi di dalam sebuah kuil Buddha di sebuah daerah di timur kota Paris. Beliau
juga mengatakan bahawa masjid yang didirikan bukan sahaja sebagai tempat untuk
berteduh pasangan gay daripada pandangan masyarakat tetapi juga
sebagai tempat beribadah. Selain itu, masjid tersebut akan dirasakan sebagai
satu tempat yang selesa berbanding masjid biasa. Masjid ciptaan beliau juga mengikuti
sesetengah ajaran agama Islam seperti solat jumaat. Tetapi, ia juga akan
mengadakan upacara nikah untuk golongan gay dan juga sembahyang jenazah yang
tidak diberikan pengebumian secara Islam akibat pegangan seksualiti mereka. Beliau
mengatakan bahawa tiada larangan mengenai perkara tersebut di dalam Al-Quran.
Beliau mempunyai phD dari Algeria dan telah mengarang tesis tentang Islam dan
homoseksualiti di dalam buku ‘The Koran and the Flesh’. Masjid Paris yang
dibina mengambil inspirasi dari Persatuan Muslims for Progressive Values in North
America yang membolehkan lelaki dan wanita solat berjemaah bersama secara
bercampur.
Akibat daripada
pelaksanaan undang-undang yang dilaksanakan oleh Presiden Perancis, Francois
Holland yang membenarkan perkahwinan gay telah menyebabkan banyak bantahan dibuat
oleh penduduk. Sebagai contoh, 900 buah bas telah digunakan bagi membawa
penunjuk perasaan di kawasan Bandar Raya, Paris. Bantahan tersebut dihadiri
bukan sahaja daripada penganut agama Islam bahkan penganut agama kristian yang
membantah perkahwinan gay.
Patricia Soulier
merupakan penunjuk perasaan mengatakan bahawa,
“Kami mahu draf
undang-undang perkahwinan gay ditarik semula”
Christiane Taubira,
Menteri Kehakiman mengatakan bahawa,
“Undang-undang
perkahwinan gay dianggap sebagai satu perubahan yang bakal berlaku terhadap
tamadun manusia”
Perkahwinan gay yang
berlaku di Perancis telah memberikan pelbagai kesan sama ada berbentuk positif
atau negatif. Berikut merupakan kesan tersebut, iaitu :
- Kadar sesuatu perkahwinan menurun tetapi umur seseorang untuk berkahwin adalah meningkat.
- Menurut INSEE, perkahwinan disambut dan diterima baik oleh orang Perancis pada tahun 2011.
- Purata umur pekahwinan bagi lelaki adalah 31.9 tahun manakala bagi perempuan pula ialah 30.1 tahun.
- Satu di dalam tiga buah perkahwinan yang terbina akan berakhir dengan perceraian.
Secara kesimpulannya, Institusi Perkahwinan akan membentuk Institusi Kekeluargaan. Sistem perkahwinan
yang digunapakai di Perancis pada awalnya membentuk sebuah Institusi Pembangunan berteraskan Islam yang baik namun disebabkan oleh faktor politik
yang ditadbir oleh golongan pemerintah yang bukan beragama Islam telah
melaksanakan satu dasar telah mengubah corak perkahwinan di negara tersebut.
Perkahwinan yang berunsurkan nilai agama pada awalnya telah diubah menjadi satu
bentuk amalan perkahwinan yang tidak dapat diterima oleh mana-mana agama di
dunia malah keadaan tersebut telah menyebabkan bantahan daripada ramai pihak
terutamanya penduduk yang beragama Islam. Institusi Pembangunan yang ingin
dibentuk di dalam Institusi Perkahwinan tidak mencapai matlamat Islam yang
sebenar di Perancis. Oleh itu, negara ini merupakan salah satu negara yang
mempunyai nilai tamadun yang rendah kerana perkahwinan gay merupakan amalan
cara kehidupan umat terdahulu. Kemajuan yang dicapai di dalam sistem
perekonomian tidak berjaya membentuk satu Institusi Perkahwinan yang baik di
dalam masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)