Background Music Instrumentals

Sunday 4 May 2014

INSTITUSI HISBAH

Institusi Hisbah di Perancis dapat dikenalpasti dengan kewujudan beberapa persatuan yang telah mengambil tanggungjawab bagi memelihara agama Islam di negara tersebut.

Persatuan Pertubuhan Islam Perancis (UOIF)

Logo UOIF

Nama Persatuan dalam Bahasa Perancis : The Union des Organisations Islamiques de France (UOIF)

Nama Persatuan dalam Bahasa Inggeris : Union of Islamic Organization of France

Tarikh Pertubuhan : Tahun 1983 (ada 15 organisasi)

Lokasi : Meurthe-et-Moselle

Pelopor
Dua Orang Pelajar Asing
Abdullaah Ben Mansour (Tunisia)
Mahmoud Zouheir (Iraq)

Pengiktirafan :
Presiden Nicolas Sarkozy memasukkan pertubuhan ini ke dalam Conseil Francais di Culte Musulman tetapi mendapat kritikan daripada semua Menteri

Tujuan Pertubuhan :
  • Mengambil tindakan terhadap keperluan agama, budaya, pendidikan, sosial dan kemanusiaan Orang Islam di Perancis.
  • Memudahkan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan membantu dalam pemerolehan dan pembinaan masjid dan menyediakan pajakan persatuan Islam, pinjaman, bailmen atau dengan cara lain, premis yang perlu bagi aktiviti-aktiviti mereka.
  • Membentangkan dan publisiti Islam, keterbukaan dan toleransi, etika dan moral manakala bergantung kepada pemahaman keseimbangan dan nilai-nilai praktikal tulen.
  • Menyediakan dan menggalakkan latihan dan pendidikan agama Islam, teologi dan rohani.
  • Bekerja untuk peyertaan sivik umat Islam di Perancis.
  • Mempertahankan hak-hak asasi, kebebasan agama dan kebebasan beragama.
  • Memerangi segala bentuk diskriminasi iaitu perkauman, Islamphobia dan hasutan kebencian kaum.
  • Menggalakkan dialoq dengan pelbagai keluarga agama Perancis dan institusi masyarakat sivil bagi mengukuhkan perpaduan sosial.
  • Mewujudkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan institusi-institusi agama dan sosial Perancis, Eropah dan antarabangsa.
  • Menubuhkan, mengatur dan mendalamkan hubungan antara persatuan Islam di Perancis dan membantu mereka mengembangkan kemahiran mereka dan untuk kerjasama.

Persatuan Pertubuhan Islam Perancis merupakan salah satu pertubuhan yang dibangunkan di bawah pengurusan Masjid Besar Lyon, Paris. Ia merupakan pertubuhan Islam yang terkenal di negara tersebut. Pada tahun 2005, bilangan organisasi yang berada di bawah Pertubuhan ini adalah sebanyak 200 organisasi.

Carta Organisasi Pertubuhan

Sila Klik Sini | 1 |

Berikut merupakan contoh beberapa organisasi yang wujud
  • Umat Islam Muda perancis  Sila Klik Sini | 1 | 
  • Pelajar Islam Perancis  Sila Klik Sini | 1 | 
  • Liga Perancis Wanita Islam  Sila Klik Sini | 1
  • IESH Paris  Sila Klik Sini | 1 | 
  • Avicenna Persatuan Perubatan Perancis  Sila Klik Sini | 1
  • Perkhidmatan Halal Eropah  Sila Klik Sini | 1
  • Jawatankuasa Kebajikan dan Bantuan kepada Rakyat Palestin  Sila Klik Sini | 1
Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |


Persatuan ARIF

Logo ARIF
Nama : Persatuan Pelajar dan Rakyat Malaysia Islam di Perancis

ARIF bertindak sebagai sebuah organisasi rakyat Malaysia yang beragama Islam di Perancis. Berikut merupakan tujuan ARIF,
  • Menjadi satu badan induk yang mewakili rakyat Malaysia yang beragama Islam di Perancis untuk menjadikan pegangan agama dan akhlak mulia sebagai satu pemacu kecemerlangan intelektual.
  • Mengukuhkan kesatuan dan perpaduan antara semua rakyat Malaysia yang beragama Islam di samping merapatkan hubungan antara kaum bagi melahirkan satu masyarakat Malaysia yang kuat dan bersatu.
  • Menjadi platform bagi rakyat Malaysia yang beagama Islam dan juga masyarakat bukan Islam dalam memahami dan mendalami agama Islam serta menyertai aktiviti-aktiviti keagamaan, pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan dan lain-lain.
  • Memupuk dan membina sifat-sifat terpuji dalam diri rakyat Malaysia yang beragama Islam iaitu kesejahteraan akidahnya, kesempurnaan ibadah, keluhuran akhlak, berpegetahuan luas, sihat tubuh badan, mampu berdikari, ammpu mengawal diri, kecekapan menjaga masa, bekerja secara sistematik dan bermanfaat kepada orang lain.
  • Menjadi platform untuk melindungi kebajikan rakyat Malaysia yang beragama Islam terutamanya kepada golongan pelajar yang menuntut di Perancis.
  • Menjalin hubungan dan mengadakan kerjasama dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang selaras dengan ARIF.

Carta Orgnisasi Persatuan

Sila Klik Sini | 1

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |


MASAF

Logo MASAF

Nama : Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis

Tarikh Penubuhan : Tahun 2007

Pelopor : Sekumpulan Rakyat Malaysia

Kaedah :
Mereka akan mengembara di seluruh Perancis untuk memaklumkan tentang kewujudan Persatuan ini

Pengiktirafan : Berdaftar dan diiktiraf oleh Kerajaan Perancis

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |


Persatuan Nasional Islam Perancis

Presiden utama 1985 : Jacques Yacoub Roty (Orang Perancis)

Presiden kedua 1986  : Daniel Youssof Leclerc (Mualaf Perancis Islam dan Presiden Taybat)

Tarikh Penubuhan : 30 November 1985

Tujuan : Bertindak secara rasmi bagi melindungi Orang Islam di Perancis

Pengiktirafan : Undang-Undang 1901

Cawangan : Muslim World League (Rabitat al-‘Alam al-Islami)

Organisasi :
Lima belas orang ahli dan Tujuh timbalan (lima ahli dipilih daripada keluarga Islam lama Perancis)

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |


No comments:

Post a Comment