Background Music Instrumentals

Sunday 4 May 2014

ISU BERBANGKIT INSTITUSI SOSIAL

Institusi Sosial di Negara Perancis dikenali juga sebagai Institusi Kemasyarakatan. Institusi tersebut memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan hubungan sosial di antara penduduk yang beragama Islam dan penduduk yang tidak menganut agama Islam (penduduk asal Perancis). Pada awalnya, kependudukan di Negara Perancis tidak mempunyai kapasiti penduduk yang ramai namun akibat daripada peperangan, rusuhan, ingin mendapatkan perlindungan di negara yang selamat dan faktor pekerjaan telah menyebabkan ramai penduduk daripada negara luar tinggal menetap di Negara Perancis. Bahkan, majoriti penduduk yang berhijrah ke Perancis menganut agama Islam dan berasal daripada negara Islam. Berikut merupakan data yang diperolehi daripada I’INSEE setelah menjalankan kajian terhadap peratusan bilangan penduduk yang menganut agama Islam di Perancis :

Tahun 2007
Jumlah pendatang yang berhijrah ke Perancis adalah 8.3% daripada keseluruhan penduduk iaitu 63.713.926 orang.

Tahun 2008
3.1 juta warga Perancis yang berumur 18 tahun sehingga 50 tahun adalah daripada keturunan pendatang, iaitu
  • 50% penduduk adalah mewarisi penghijrahah ayah dan ibu.
  • 30% penduduk adalah mewarisi pengijrahan bapa.
  • 20% penduduk adalah mewarisi pengijrahan ibu.

Bancian yang telah dibuat pada tahun 2010 pula memberikan data mengenai peratusan bilangan anutan agama penduduk, iaitu
  • 85% menganut agama Katolik Rom
  • 10% menganut Agama Islam
  • 2% adalah dari kalangan Protestan
  • 1% menganut agama Yahudi

Berdasarkan daripada jumlah penduduk yang menganut agama islam, semkin hari semakin bertambah telah mendatangkan kebimbangan terhadap pemerintah Perancis. Beliau berusaha untuk menghalang penduduk yang mengamalkan ajaran Islam daripada berpegang teguh terhadap amalan agamanya. Oleh itu, terdapat beberapa isu sensitif yang telah dilaksanakan oleh pemerintah Perancis kepada penduduk Islam.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |


ISU PEMAKAIAN TUDUNG OLEH WANITA

Kemasukan pendatang daripada negara luar ke dalam Negara Perancis, pada awalnya diterima oleh penduduk asal Perancis dan pemerintah di Negara itu sendiri. Oleh itu, penduduk yang mengamalkan ajaran agama Islam menjalankan tuntutan di dalam agama tersebut dengan menutup aurat. Wanita islam memakai tudung.

     Hal ini bermula pada tahun 2004, di mana satu undang-undang telah diluluskan mengenai pengharaman pemakaian tudung, salib, serban dan simbol keagamaan lain di sekolah umum Perancis. Keadaan ini telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Hal ini ditegaskan oleh penyokong larangan tersebut dengan mengatakan bahawa sekolah umum perlu mengikuti peraturan sekular yang telah diamalkan namun terdapat sesetengah umat islam yang mencabar undang-undang tersebut dengan mengatakan bahawa tidak wajar untuk menghukum gadis Islam sebegitu. Terdapat juga sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa pemakaian tudung bertentangan dengan prinsip “laicite” yang menjadi nilai asas Negara Perancis. Namun begitu, kerajaan Perancis telah mengisytiharkan negara tersebut dengan memberikan kebebasan individu dalam beragama. “Laicite” merupakan undang-undang “Declaration des Droits de I’homme et du Citoyen, 1789” yang telah dirangka oleh Jules Fery pada tahun 1881-1882. Beliau mengatakan mana-mana amalan yang bertentangan dengan prinsip utama Perancis adalah tidak sesuai untuk diamalkan di negara tersebut.

     Pada 11 April 2011, pengharaman purdah kepada semua wanita islam di Negara perancis sekali lagi telah diluluskan di dalam rang undang-undang Negara Perancis. Pemakaian  merupakan salah satu pakaian wanita kepada wanita Islam yang menutup bahagian muka mereka. Pengharaman purdah ini disokong baik oleh Menteri Dalam Negeri iaitu Claude Gueant dengan mengatakan bahawa undang-undang yang diluluskan adalah sangat jelas.

“Menyembunyikan muka anda di tempat awam menjadi sebab untuk dikenakan tindakan undang-undang”

Pengaharaman tersebut juga melindungi dua prinsip Perancis, iaitu
  • Prinsip sekularisme. 
  • Prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 |

     Namun, faktor sebenar yang mendorong pengharaman purdah adalah bertujuan ingin menunjukkan nilai barat mempunyai kuasa yang lebih besar sehingga boleh memencilkan kumpulan minoriti islam yang berada di Perancis. Selain itu, penguasaan dari segi politik yang mempunyai 3 dimensi dijadikan alasan utama, iaitu
  • Tradisi sekular yang amat kuat di Negara Perancis.
  • Majoriti penduduk Islam adalah daripada golongan pendatang asing yang berhijrah ke negara tersebut.
  • Penduduk yang beragama islam adalah dari kumpulan minoriti yang mempunyai integrasi entik yang berbeza dengan budaya kebangsaan Perancis.

     Keadaan ini merupakan satu langkah yang dilakukan oleh Presiden Perancis bagi mengekalkan tradisi budaya Perancis tersebut. Selain itu, beliau yakin akan mendapat sokongan daripada penduduk Perancis. Hal ini kerana, bilangan wanita yang memakai purdah adalah seramai 2.000 orang sahaja berbanding penduduk Islam sebenar yang tidak memakai purdah adalah seramai 5 juta orang penduduk. Oleh itu, bantahan akan dilakukan oleh majoriti wanita Islam di negara tersebut sahaja.

     Oleh itu, undang-undang tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada kumpulan dan organisasi dengan mengatakan bahawa tindakan Presiden Perancis hanya sekadar ingin mengecilkan umat Islam di negara tersebut.

Berikut merupakan salah seorang yang mengambil tindakan atas bantahan pegharaman purdah tersebut.


Nama : Rachid Nekkaz

Umur : 38 Tahun

Pekerjaan  : Ahli Perniagaan Islam

Bidang Pekerjaan : Pemaju Tanah

Tindakan :
  • Memulakan kempen dengan menyediakan dana untuk membayar denda yang dikenakan oleh wanita islam yang memakai purdah sebanyak 1,000,000 euro.
  • Menubuhkan kumpulan kempen “Hand off my constitution” denan menjual beberapa hartanah di Pinggir Bandar, Paris.
  • Menghantar memorandum yang bertajuk “Anti-Perlembagaan” kepada Presiden Sarkozy yang berjumlah 7 euro agar mengambil cadangannnya seterusnya membatalkan pengaharaman memakai purdah.

Keputusan mengenai larangan memakai purdah mendapat persetujuan daripada Dewan Rendah Negara dan berjaya memperolehi undian daripada Ahli Dewan Rakyat sebanyak 335 undi berbalas 1. Undang-undang tersebut akan dirasmikan pada musim bunga pada tahun 2011 dan akan disahkan oleh Senator Perancis. Oleh itu, Nekkaz bersama-sama 5,000,000 umaIslam membantah undang-undang tersebut kerana ia dianggap sebagai satu penganiayaan terhadap agama islam kerana kurang daripada 2,000 orang Perancis yang memakai tudung. Namun begitu, Presiden Sarkozy mengatakan bahawa pemakaian tudung akan menjatuhkan maruah seorang wanita. Hal ini juga mendapat sokongan daripada Menteri Keadilan iaitu Michele Alliot-Marie.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 12 |

Kewajipan menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah di dalam Surah An Nur, ayat 31.

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormaran mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasaan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher najunya dengan tundung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasaan tubuh mereka”

Pemakaian tudung merupakan tuntutan agama yang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam. Namun, disebabkan faktor pemerintah yang tidam menganut agama Islam telah menyebabkan isu larangan memakai tudung dan purdah digubal di dalam rang undang-undang Perancis. Hal ini dianggap tidak rasional kerana pemakaian tudung dan purdah merupakan amalan di dalam kehidupan seharian bahkan ia sama sekali tidak menggangu pandangan orang lain terhadap dirinya. Namun, penduduk Islam di Perancis terpaksa berdepan dengan keadaan tersebut akibat daripada statusnya sebagai pendatang asing.

No comments:

Post a Comment