Background Music Instrumentals

Thursday, 1 May 2014

INSTITUSI PERNIAGAAN

Perancis merupakan sebuah negara sekular yang mempunyai kepadatan penduduk Islam/muslim melebihi penduduk yang menganuti agama selain agama Islam. Oleh itu, perkongsian seterusnya adalah berkaitan dengan Perkembangan Institusi Perniagaan khususnya restoren yang menyajikan makanan halal dan cara pengeluaran makanan halal yang wujud di Perancis. Penduduk Islam/muslim di Perancis amat memerlukan makanan halal sebagai sumber utama di dalam kehidupan seharian mereka.

     Pengeluaran makanan halal di Perancis mendapat tentangan yang hebat di kalangan pemimpin Perancis. Selain itu, kedudukan pemimpin gereja yang menganut agama katolik juga menyebabkan pengeluaran makanan halal sukar diperolehi. Namun begitu, perkembangan Islam yang menular di dalam persekitaran Negara Perancis telah mendorong terbinanya banyak perniagaan yang menghasilkan produk/makanan halal di negara tersebut. Hal ini berikutan daripada pendatang luar yang masuk ke dalam Negara Perancis dengan membawa ajaran Islam.

     Berikut merupakan restoren yang menyajikan makanan halal kepada penduduk dan pengunjung yang melancong di Perancis. Makanan halal yang disajikan tidak mengandungi alkohol.

  • Restaurant Quick Herve Peretti
  • Lee Enfants Terribles Restaurant
  • Restaurant moroko, Tunisia, Lebanon dan Turki
  • Arabian Restaurant
  • Restoren Raja Maharaja
  • Restaurant Asian Food
  • The Jumeyrah


ISU HALAL DI NEGARA PERANCIS

Baru-baru ini, satu perdebatan hebat mengenai isu cara penyembelihan haiwan telah berlaku di antara penduduk Islam/muslim di Perancis dengan pemimipin kerajaan Perancis itu sendiri. Hal ini berikutan kerana, pemimipin pada ketika itu diterajui oleh Sarkozy yang mendapat sokongan daripada golongan yahudi yang ada di Perancis. Namun begitu, Francois Hollande Mag yang memenangi pilihan raya pada ketika itu atas sokongan penduduk Islam/muslim membolehkan makanan halal dijual di Perancis tanpa mendapat tentangan daripada mana-mana pemimipin.

     Kerajaan Perancis berusaha menghalang perkembangan agama islam yang tersebar di negara tersebut. Oleh itu, mereka telah menyatakan bahawa penyembelihan haiwan di Paris tidak sepenuhnya berlandaskan ajaran Islam kerana terdapat orang bukan Islam yang menyembelih haiwan tersebut tanpa membaca lafaz “Bismillah”. Oleh itu, penyembelihan haiwan telah dianggap tidak halal untuk dimakan oleh orang Islam/muslim di Perancis. Namun begitu, kerajaan Perancis perlu menyediakan makanan halal kepada 4 juta penduduk Islam/muslim yang menetap di Perancis atas dasar hak asasi manusia dan kebebasan beragama.

     Selain itu, peristiwa yang berlaku di penjara Saint-Quentin-Fallavier telah menyebabkan industri makanan halal berkembang di Perancis. Sajian makanan halal perlu diberikan kepada semua banduan Islam/muslim yang ada di dalam penjara berdasarkan daripada tempoh percubaan yang diberikan adalah selama 3 bulan. Hal ini telah diusulkan oleh Adrien K dan mendapat kelulusan daripada Mahkamah Pentadbiran di Genoble, Perancis. Selain itu, Institusi Hukum Perancis juga membenarkan sajian diberikan kepada banduan di mana-mana penjara. Sekiranya terdapat penjara yang tidak mengamalkan aktiviti sajian tersebut, maka penjara tersebut telah dianggap melanggar pasal 9 European Convention Human Rights yang menjamin kebebasan beragama.

     Institut Pengurusan Industri Makanan Halal  (HIFMI) Paris yang diterajui oleh Ala’a Gafouri telah menyatakan bahawa 80% daging dan produk lain yang terdapat di pasaran tidak memenuhi kiriteria penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam. Hal ini berikutan tiada agensi yang mengawal perkara tersebut namun penyembelian haiwan yang diadakan di kawasan Masjid dapat diketahui status halalnya berbanding industri perniagaan tidak rasmi yang mengeluarkan sijil halal sendiri secara tidak rasmi. Keadaan ini berlaku akibat daripada sifat pengeluar yang ingin mengaut keuntungan. Bahkan, penduduk Islam/muslim Perancis amat berpegang pada prinsip “Jika tidak makan makanan halal, mereka akan masuk ke dalam neraka’.

     Oleh itu, Dewan Rasmi Muslim Perancis (CFCM) amat menginginkan masjid negara dan kumpulan Islam berkumpul bagi menyetujui piagam nasional yang mengariskan panduan yang jelas untuk daging halal bagi mambantu orang Islam/muslim Perancis semasa mereka melakukan proses sembelihan haiwan. Hal ini juga mendapat sokongan daripada cheikh Al Sid Chiek yang merupakan Pembantu Rektor Masjid Agung Paris dengan memberikan kenyataan mengenai label halal yang dilekatkan pada setiap pembungkusan makanan yang dikeluarkan akan menarik minat pembeli muslim.

Berikut merupakan salah satu Institusi Peribadatan (Masjid) yang berfungsi dalam memastikan sesuatu produk makanan yang dihasilkan oleh sesuatu pihak adalah berstatus halal.


Nama Pertubuhan : The Ritual Persatuan Masjid Besar Lyon (ARGML)

Tarikh Penubuhan : Tahun 1995

Pelopor : Masjid Besar Lyon

Pengiktirafan : Undang-Undang 1901

Misi :

Mengikut perintah Allah dengan membolehkan akses yang lebih selamat kepada produk yang mematuhi cara prinsip Islam.
Memastikan kawalan dan persijilan daging halal, produk makanan, kosmetik dan produk kebersihan untuk kegunaan di dalam masyarakat Islam.

ARGML telah menubuhkan satu sistem peruntukan kawalan upacara bagi mengesahkan kesahihan produk dengan cara :
  • Prosedur penymbelihan upacara haiwan.
  • Pemprosesan daging halal.
  • Pembangunan dan tranformasi dari semua produk makanan halal.
  • Pembangunan kosmetik halal.

Bagi membuktikan sifat produk berstatus halal, ARGML amat mematuhi piagam kebersihan dan kualiti halal. Ia melibatkan daripada operasi pengeluaran sehingga ke operasi pembungkusan akhir produk. Ia melibatkan hampir 80 orang pegawai.

Berlakunya penyalahgunaan istilah “halal” oleh ramai pihak pengeluar makanan telah menyebabkan ARGML memutuskan cara yang tepat untuk melindungi produk tersebut adalah dengan mendapatkan pengiktirafan logo halal dari Institut Perlindungan Perindustrian (NPI).

               Logo Halal





Logo halal yang dikeluarkan adalah sebagai satu langkah berkesan terhadap pengawalan produk secara ketat yang dilakukan oleh Masjid Lyon. Ini bagi menepati segala syarat atau prosedur yang dilakukan adalah ketat di dalam proses pensijilan produk halal tersebut.






Berikut merupakan syarikat lain yang mengeluarkan sijil halal di Negara Perancis,
  • At Your Service (AVS)
  • Masjid Islam Antarabangsa (MCI)
  • Persatuan Kawalan dan Persijilan Produk Halal (Karama)
  • Grouping Islam Imam dan Pengawal Muslim (GISCOM)
  • Persatuan Finistere Kebudayaan Arab Islam (AFCAI)
  • Pejabat Kawalan Kuasa dan yang mengesahkan Agama (BCAAR)
  • Syarikat Lembaga Persijilan Halal Peace (IFANCA)

Untuk keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 45 |

Secara Keseluruhannya, Institusi Pembangunan Islam berasaskan daripada Industri Perniagaan berkonsepkan makanan halal di Perancis dapat dibangunkan secara seragam walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada golongan pemimpin yang mempunyai kuasa besar. Pengambilan makanan halal amat penting di dalam tubuh badan manusia khususnya orang islam. Hal ini amat berkait rapat dengan pembentukan hati manusia. Oleh itu, sebagai sebuah negara sekular seperti Perancis mendapat tentangan yang hebat daripada mana-mana pemimpin adalah wajar. Namun begitu, hari demi hari industri makanan halal semakin diminati ramai bahkan Perancis merupakan salah sebuah negara yang menyokong aktiviti perlancongan. Oleh itu, pada hari ini, makanan halal telah dapat diterima oleh penduduk selain Islam di negara tersebut. Bahkan terdapat agensi yang khusus mengeluarkan sijil halal terhadap produk makanan yang dipasarkan.

No comments:

Post a Comment