Interprestasi awal mengenai keseluruhan kepelbagaian
Institusi Pembangunan Berteraskan Islam di Negara Perancis adalah lebih
berfokus kepada perkembangan Institusi Pembangunan Berteraskan Islam di negara
tersebut. Terdapat pelbagai Institusi Pembangunan Berteraskan Islam yang wujud
di Negara Perancis ekoran daripada pertambahan populasi umat Islam di sana.
Perkembangan Institusi Pembangunan Islam ini pada awalnya tidak mempunyai
sebarang bentuk permasalahan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penerimaan
daripada penduduk asal perancis yang majoritinya beragama katolik terhadap kemasukan
umat Islam di negara sekular tersebut terutamanya daripada negara bekas jajahan
Perancis seperti Magribi, Libya, Mauritania, dan sebagainya sejak awal abad
ke-19 lagi. Kehadiran imigran asing ini telah membantu memperkembangkan syiar
Islam di negara Perancis. Ciri-ciri yang terdapat pada agama Islam seperti
mencintai kedamaian, bersifat universal, dan mengamalkan kesamarataan antara
semua golongan manusia telah berjaya menarik lebih ramai masyarakat asal
Perancis untuk menganut agama Islam. Ini jelas terbukit apabila setiap tahun
berlaku pertambahan umat Islam di sana. Pertambahan umat Islam ini telah
menjadi pendorong utama terhadap pembentukan Institusi berteraskan Islam di
negara tersebut. Sebagai contoh perkembangan dalam Institusi Peribadatan,
Institusi Perbankan, Institusi Pendidikan, Institusi Perniagaan, Institusi
Perkahwinan, Institusi Hisbah dan Institusi Sosial telah dapat dibangunkan
dengan sempurna di negara tersebut walaupun mendapat tentangan daripada
masyarakat bukan beragama Islam di sana. Tentangan terhadap umat Islam masih
berlaku sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment