Background Music Instrumentals

Wednesday, 2 April 2014

INSTITUSI PERBANKAN

Sistem Kewangan Islam Perancis.

Sistem kewangan Islam telah menjadi bahagian penting dalam sistem kewangan antarabangsa pada masa kini, dan merupakan salah satu komponen yang paling pesat berkembang sejak  beberapa dekan yang lalu. Namun perkembangan sistem kewangan ini adalah berbeza di setiap tempat. Di Eropah, perkembangan sistem kewangan Islam masih lagi terhad, namun perkembangannya berbeza mengikut negara. Di Perancis, pembangunan sistem kewangan Islam mendapat sokongan yang kuat daripada pihak kerajaan dengan menyediakan persekitaran yang sesuai dan mesra bagi sistem kewangan Islam ini. Berdasarkan laporan KFH (Kuwait Finance House) pada tahun 2012 menyatakan bahawa sistem kewangan Islam ini mempunyai peluang besar untuk berkembang di  negara Perancis, kerana negara ini berkeinginan menjadi hub bagi perbankan Islam di Eropah. Selain itu, bilangan penduduk muslim yang ramai di Perancis juga menjadi salah satu faktor kepada perkembangan sistem kewangan Islam di negara ini.
Berikut merupakan kronolgi perkembangan sistem kewangan Islam di Perancis :_

2007
  • Paris EUROPLACE menubuhkan Suruhanjaya Kewangan Islam untuk membuat usul mengenai halangan undang-undang, fiskal, dan peraturan kewangan Islam.
  • Financial Markets Authority (AMF) membuat rangka kerja untuk menguruskan pelaburan dana berasakan syariah dan membuat penyenarian sukuk.
  • The Bourse de Paris atau dikenali sebagai Brusa saham Perancis mewujudkan ruang sukuk dan empat undang-undang cukai yang berkaitan dengan murabahah, sukuk, ijarah and istisna.

2009
  • satu kumpulan kerja sukuk telah diwujudkan dan terdiri daripada peguam, pakar cukai, Penasihat Syariah dan Calyon membentuk satu struktur sukuk di bawah undang-undang Perancis.

2010
  • Kerajaan Perancis telah membuat beberapa pindaan undang-undang bagi memudahkan pengwujudan sukuk. Pindaan ini melibatkan pemansuhan duit setem, pembayaran cukai keuntungan modal harta, dan memperkemaskan peraturan ejen hartanah.

2011
  • Pengenalan skim deposit Islam pertama dikendalikan melalui bank konvensional sedia ada.
  • Pengenalan konsep kontrak Murabahah bagi pembelian rumah.

Perbankan Islam


Institusi perbankan islam telah wujud di Perancis sejak 10 tahun lalu, namun institusi perbankan ini dijalankan secara kecil-kecilan sahaja dan ia melibatkan peleburan koporat, pembiayaan perdagangan, dan pembiyaan hartanah. Institusi bank yang terlibat pada ketika itu adalah seperti BNP Paribas, Societe Generale dan Kesatuan de Banques Arabes et Francaises. Perkembangan dalam sistem kewangan Islam telah membawa kemasukan institusi perbankan Islam yang lebih besar seperti National Bank of Kuwait (NBK), Tejerat Bank (TB), dan Qatar National Bank. Bank konvensional Credit Agricole juga menawarkan beberapa produk dan perkhidmatan Islam. Selain itu, terdapat juga Institusi Perbankan yang menawarkan produk dan Perkhidmatan Islam ini.

BNP Paribas
Bangunan BNP Paribas
Logo

BNP Paribas merupakan bank dan syarikat perkhidmatan kewangan Perancis yang  beribu pejabat di Paris. Ibu pejabat global bank ini pula berada di London. Ditubuhkan pada tahun 2000 hasil gabungan antara 2 buah bank iaitu Banque Nationale de Paris (BNP) dan Paribas, dan ia merupakan salah satu bank yang paling besar di dunia. Pada 2012, Bloomberg dan Forbes telah telah menyenaraikan BNP Paribas pada kedudukan ke-4 bank paling besar di dunia berdasarkan jumlah aset yang telah diukur. 

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 |


Société Générale

Logo


Bank societe Generale
Société générale SA (SocGen) ialah syarikat perbankan dan perkhidmatan kewangan multinasional syarikat Perancis yang beribu pejabat di Paris. Bank ini merupakan salah sebuah bank yang universal yang mana ianya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu perbankan runcit dan Perkhidmatan Kewangan Khusus (terutamanya di Perancis dan Eropah Timur), Perbankan Korporat dan Pelaburan, dan Pengurusan Pelaburan Global dan Perkhidmatan. Pada 2012, Société générale Telah disenaraikan sebagai bank ketiga terbesar Perancis berdasarkan jumlah aset yang dimiliki dan menduduki tempat ke-8 daripada keseluruhan bank di  Eropah. Société générale adalah salah satu bankyang tertua di Perancis. Ditubuhkan pada tahun 1864 dengan nama asalnya ialah Société générale pour favoriser le développement du commerce et de l' Industrie en France (Bahasa Inggeris: General Company to Support the Development of Commerce and Industry in France). Société générale sering dikenali sebagai SocGen (disebut " socks jenn") dalam dunia kewangan antarabangsa. 


Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 |

Union de Banques Arabes et Francaises (UBAF)

Logo
Bank Kestuan Arab dan Perancis (UBAF) merupakan sebuah bank yang diwujudkan pada tahun 1970 untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi antara dunia Arab dan Perancis. Bank ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan di Timur Tengah Asia, dan Eropah. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pembiayaan perdagangan antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai bentuk aktiviti dokumentari dan pengeluaran jaminan untuk transaksi ditandatangani, dan juga perkhidmatan Sindiket. Ia juga menyediakan perkhidmatan perbankan Islam, perkhidmatan kewangan projek, termasuk pembiayaan peralatan dan pinjaman bersindiket.

Alamat : SA Capital 250 727 220 euros
   190 avenue Charles de Gaulle
               92523 Neuilly-sur-Seine Cedex (Paris) - France
No. Tel : 33 (0) 1 46 40 61 01 - Fax 33 (0) 1 47 38 13 88
SWIFT : UBAFFRPP www.ubaf.fr

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |


National Bank of Kuwait

Logo NBK

NBK menubuhkan cawangan di Paris pada tahun 1987 sebagai sebahagian daripada strategi awal untuk menguasai aliran pelaburan dan perdagangan di eropah dan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan Kuwait dan menyediakan lokasi yang mudah dan selamat bagi deposit mereka, untuk perbelanjaan apabila perjalanan di Eropah atau untuk keselamatan pelaburan jangka panjang. Pejabat di Paris yang terletak di mercu tanda Avenue des Champs Elysees menjadi pejabat rasmi cawangan NBK Antarabangsa pada tahun 1996, apabila  dua NBK yang beroperasi di Eropah digabungkan iaitu Paris dan London untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan di Perancis dan Eropah Selatan. Dalam hal ini, NBK menyediakan perkhidmatan borong serta perbankan persendirian, pembiayaan perdagangan menjdai fokus utama, menyokong perdagangan dan lain-lain urus niaga merentas sempadan dengan Kuwait dan Timur Tengah. NBK di Paris juga turut meningkat skop aktiviti pembiayaan perdagangan meliputi Afrika Utara. Selain itu, NBK Paris juga turut menawarkan  produk kewangan tradisional dan bantuan khidmat nasihat ladang dan juga membantu pelabur-pelabur dalam pemerolehan dan pembiayaan hartanah komersial dan kediaman.

Alamat : 90 avenue des Champs-Elysees
               75008 Paris, France.
No Tel : (+331) 56598600
Fax      : (+331) 56598623
Tlx       : 892348 NBKLDN G

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 

Tejarat Bank

Logo Bank Tejerat

Merupakan salah sebuah bank Iran dan telah ditubuhkan pada Disember 1976 melalui gabungan 11 buah bank. Pada tahun1981, bank Iran-Rusia juga telah digabungkan dengan Bank Tejarate ini telah meningkatkan lagi model bank Tejarat. Pada 29 April 2009  Bank ini telah disenaraikan di Bursa Saham Tehran buat pertama kalinya. Bank ini mempunyai hampir 2,000 cawangan di seluruh Iran dan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada orang ramai. Dalam hal ini, Bank Tejerat telah tersenarai sebagai antara bank besar Iran dari segi bilangan cawangannya. Di luar negara, Bank ini hanya mempunyai dua cawangan sahaja iaitu di Paris, Perancis dan Dushanbe, Tajikistan.
Dalam hal ini, sistem perbankan Islam merupakan salah satu produk yang ditawarkan oleh Bank Tejarat sejak 3 dekad lalu. Sistem perbankan ini telah menikmati pertumbuhan yang menggalakkan dan menarik perhatian ramai pelabur dan bank-bank di seluruh dunia. Hal ini kerana, dalam sistem perbankan Islam, riba adalah haram dan dari segi keuntungan dan kerugian pula adalah ditanggung oleh Pihak bank dan pelanggan. Dalam sistem perbankan Islam, urusan urusniaga perniagaan adalah dalam bentuk kontrak. Justeru itu, Bank Tejarat telah menawarkan beberapa kontrak kepada pelanggan. Antara kontrak yang ditawarkan ialah Mozarebeh, Je’aleh, perkongsian sah (legal patnership), perkongsian awam (civil partnership), jualan ansuran (Installment Sale), Gharzolhasaneh, dan Mozare'eh. (sila Klik)

Alamat : 124-126 Rue De Provence
               (Angle 76 Bd Haussmann)
               75008 Paris, France
No.Tel  : +33 1  44707844
Fax.      : +33 1 40080635 
Tlx.       : 281972 F, 281973 F BKTEJ
S.W.I.F.T. Address/code: BTEJFRPP
Management: Mr. Mahdian,General Manager

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | |

Chaabi Bank Harmonis

Logo Chaabi Bank Harmonis

Chaabi Bank telah ditubuhkan pada 1972 dan merupakan salah satu bank morroco yang bertapak di Eropah sejak tahun 2007. Penubuhan Chaabi Bank di Eropah ini merupakan salah satu strategi untuk mengembangkan lagi potensi bank ini. Chaabi Bank Harmonis merupakan salah cawangan Chaabi Bank Group di eropah. Perbankan Islam merupakan salah satu produk yang ditawarkan oleh Chaabi Harmonis Bank ini.
Pada Jun 2011, Chaabi Bank melalui 17 cawangannya (Klik Sini) di seluruh Perancis telah melancarkan akaun deposit Islam kepada para pelanggannya. Pelancaran akaun deposit Islam ini mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Perancis. Ini terbukti, apabila setiap bulan lebih kurang 500 akaun deposit baru dibuka dan kebanyakannya adalah daripada pelanggan baru. Bank ini juga turut merancang untuk membuka akaun deposit yang mematuhi Syariah bagi perusahaan Kecil dan Sederhana. Pada Disember 2011 pula, Chaabi Bank turut melancarkan produk baru mereka iaitu kontrak pembiayaan pembelian rumah iaitu murabaha. Selain itu, Chaabi Bank juga turut berhasrat untuk menawarkan kewangan koporat dan produk gadai janji menjelang akhir tahun 2012.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |

Qatar National Bank 

Qatar National Bank 
Alamat : Qatar National Bank.
               65 Avenue d'Iena
               75116 Paris, France
SWIFT Code: QNBAFRPP
No Tel : (+33) 1 53 23 00 77Fax: (+33) 1 53 23 00 70 
General Manager : Christophe Bourland
No of Branches: 1
No of ATMs: N/A
Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |


             Secara kesimpulannya, perkembangan perbankan Islam di negara Perancis ini memang amat memberangsangkan. Banyak institusi perbankan luar menubuhkan cawangan bank mereka di negara ini bagi memenuhi permintaan masyarakat Islam di sini. Selain itu, sikap pemimpin yang terbuka untuk menerima sistem perbankan Islam ini memudahkan lagi perkembangan institusi kewangan Islam di negara ini. 

Tuesday, 1 April 2014

INSTITUSI PERIBADATAN

MASJID YANG TERKEMUKA DI PERANCIS

          Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan umat islam dan menegakkan tamadun kehidupan mereka. Masjid merupakan satu istilah yang berasal daripada bahasa arab iaitu ’masjad’,’sajada’,’yasjudu’ dan ’sujudan’, yang membawa erti sujud.  Daripada pengertian inilah perkataan Masjid kita digunakan sebagai nama tempat kita melakukan solat wujud.  Hal ini kerana, sujud antara gerakan utama dalam memunaikan solat.  Secara terperinci, masjid mempunyai dua pengertian, iaitu umum dan khusus.  Masjid dalam erti umum adalah semua tempat yang digunakan untuk sujud dinamakan masjid kerana Nabi pernah berkata, Allah menjadikan muka bumi ini sebagai tempat untuk bersujud yakni masjid.  Sedangkan masjid dalam pengertian khusus adalah tempat atau bangunan yang dibangunkan khusus untuk menunaikan ibadat, terutama solat secara berjamaah.
        Daripada pengertian masjid telah dibahagikan kepada kategori-kategori tertentu iaitu Masjid Jamek dan Surau.  Masjid Jamek adalah merujuk kepada masjid utama sesuatu kawasan ataupun qariah.  ’Jamek’ bermaksud besar.  Oleh itu, hanya ada satu masjid jamek sahaja di sesebuah petempatan dan biasanya solat berjemaah yang diwajibkan dilakukan beramai-ramai seperti solat Jumaat  diadakan di masjid ini.  Manakala, surau atau dikenali sebagai 'musollah' pula sesuai sebagai keperluan yang hanya digunakan untuk solat lima waktu samada di kawasan perkampungan, desa, tempat-tempat umum.
        Konsep masjid bukan hanya sebagai tempat untuk menunaikan solat atau tempat berkumpulnya umat islam dalam kelompok masyarakat di petempatan tertentu.  Tetapi masjid juga merupakan sebuah institusi atau pusat untuk mentadbir dan mengendalikan masyarakat sesebuah petempatan. Masjid juga disebut sebagai Rumah Allah (Baitullah) bahkan sebagai Rumah Masyarakat (Bait al Jami’).  Ianya boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengadakan majlis ilmu, akad nikah, mesyuarat dan lain-lain kegiatan yang dibenarkan oleh agama. Masjid adalah syiar islam dan menjadi nadi pembangunan masyarakat islam duniawi dan akhirat.
        Di negara Perancis, kewujudan masjid adalah seiring dengan perkembangan syiar Islam di situ. Masjid- masjid yang dibina telah memberikan banyak memanfaat kepada masyarkat Islam di situ. Hal ini kerana, masjid bukan saja digunakan sebagai tempat untuk solat semata-mata tetapi ianya juga turut digunakan sebagai tempat untuk majlis ilmu dan kegiatan lain dan ini bertepatan dengan konsep masjid yang sebenarnya. Sejak perkembangan Islam iaitu sekitar abad ke-19 hinggalah ke hari ini, telah banyak masjid yang dibina di negara Perancis iaitu dianggarkan sebanyak lebih dari 1,000 buah masjid. Masjid yang dibina ini pula terdiri daripada masjid Jamek dan surau. Antara masjid besar yang dibina di negara Perancis ini ialah Grande Mosquee de Paris, Grand Mosguee de Lyon, Mosquee de Othman, La Mosquee Sahaba, Grande Mosquee de Strasbourg, dan Assalam Mosquee. Selain itu terdapat banyak lagi masjid yang dibina di Seluruh Perancis (Klik Sini)
     
 Grande Mosquee de Paris (Masjid besar Paris)

Pemandangan di hadapan Masjid Besar Paris
      Merupakan Masjid pertama yang dibina di Perancis selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Ia dibina oleh Empayar Perancis sebagai tanda penghargaan negara itu kepada komuniti muslim khususnya kepada tentera-tentera Islam dari tanah jajahan Perancis (Morocco, Algeria dan Tunisia) yang sama-sama berjuang dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918) ketika melawan negara German yang mana dianggarkan seramai 100 ribu orang tentera muslim telah tewas dalam peperangan tersebut.
          Masjid yang terletak di Place du Puits-de-l’Ermite ini merupakan masjid yang paling besar di Perancis dan kedua terbesar di Eropah. Ia telah siap dibina pada tahun 1926 dan dirasmikan pada 15 julai 1926 oleh Presiden Perancis pada waktu itu iaitu Gaston Doumergue. Ahmad Al-Alawi (1869-1934) pula menjadi Imam pertama di Masjid tersebut. 
Pandangan keseluruhan Masjid
          Dari segi seni bina pula, Masjid ini memperlihatkan ciri-ciri seni bina Andalusia yang popular pada ketika itu. Terdapat juga menara di Masjid ini yang berketinggian 33 meter. Masjid ini berbentuk segi empat dan di dalamnya terdapat sebuah kawasan lapang yang dikenali dengan nama La Cour d'Honneur. La Cour d'Honneur ini dilengkap dengan sebuah taman yang bercirikan Sepanyol-Moroko.
         Selain berfungsi sebagai tempat solat, Masjid ini juga mempunyai ruang khas yang digunakan sebagai tempat pertemuan komuniti muslim dan juga sebagai tempat kuliah bahasa Arab. Terdapat juga ruang perpustakaan di dalam Masjid ini yang dikhususkan untuk Lembaga Agama Islam.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |

        Grande mosquée de Lyon (Masjid besar Lyon)

Pemandangan dari sisi Masjid Lyon
      Masjid besar Lyon merupakan masjid ke-6 terbesar di Perancis. Ia direka oleh dua orang arketik Lyon iaitu Ballandras dan Mirabeau, dan dibina pada tahun 1990. Pembiyaan untuk membina masjid ini sebahagian besarnya telah disumbangkan oleh Raja Fahd dari Arab Saudi dan negara-negara Islam lain. Masjid ini siap dibina pada 30 september 1994.
       Dari aspek segi bina, Masjid ini mengabungkan unsur seni bina tradisional Maghribi dan Kaligrafi dengan gaya Barat yang moden. Di bahagian depan Masjid ini terdapat sebuah gerbang Parsi dan di pintu masuk Masjid ini pula dilindungi oleh sebuah Piramid kaca yang disokong oleh 230 tiang. Selain itu, Masjid ini juga turut mempunyai menara setinggi 25 meter dan kubah putih yang mempunyai simbol bulan sabit di atasnya.
Antara kemudahan yang disediakan di Masjid ini ialah kemudahan kebudayaan , perpustakaan dan sekolah.           Di samping itu, terdapat juga persetuan persijilan halal yang beroperasi di Masjid Besar Lyon ini. Persetuan ini dikenali sebagai L'Association Rituelle de la Grande Mosquée de Lyon (ARGML) atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai The Ritual Association of the Great Mosque of Lyon. Persetuan ini telah diwujudkan pada 1995 dengan tujuan untuk  memastikan kawalan dan pensijilan daging halal , produk makanan, kosmetik dan produk kebersihan untuk kegunaan dalam masyarakat Islam . Selain itu, terdapat juga Pusat maklumat yang disediakan oleh masjid ini dan pengiring pelawat akan disediakan oleh biro pelawat Lyon.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |

 Mosquee de Othmane (Masjid Othman)

Pemandangan di hadapan Masjid Othman
                Masjid ini telah dirasmikan pada 1 April 2006 dan terletak di Villeurbanne berdekatan dengan Lyon. Bangunan Masjid ini mempunyai ruang 3 tingkat dan dibina dengan keluasan 1200 meter persegi. Pembinaan Masjid yang bernilai 1 juta Euro ini telah dikawal selia oleh Liga Kebudayaan Islam Perancis.
Tujuan utama pembinaan Masjid ini adalah untuk memudahkan masyarakat muslim menunaikan solat, khususnya solat jumaat. Selain itu, Masjid ini juga mempunyai satu perpustakaan yang besar, dan sekolah catering Arab bagi 250 pelajar.
          Perbezaan Masjid ini dengan Masjid-Masjid lain ialah, ianya dibina tanpa pembiayaan atau bantuan kewangan daripada pihak luar. 100% kos bagi membina Masjid ini adalah datangnya daripada masyarkat muslim Perancis sendiri dan ini menjadikan Masjid Othmane bebas daripada pengaruh asing.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2

 La Mosquee sahaba (Masjid Sahaba)

Masjid Sahaba
                Masjid sahaba ini dibina diantara tahun 2006 dan 2008, dan telah direka oleh seorang Arketik bernama Anas Hamdallah. Ia telah dibuka dengan rasminya pada 18 Disember 2008 dan terletak di bandar Créteil. Istilah sahaba merupakan satu perkataan majmuk yang merujuk kepada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
         Dibina berdekatan dengan kawasan riadah dan tasik, masjid berwarna putih ini memperlihatkan ciri-ciri seni bina yang elegent dan bersesuaian dengan landskap bandar Créteil. Hiasan dalaman Masjid ini diinspirasikan daripada gaya Arab-Andalus serta mempunyai ruang 3 tingkat dan mampu menampung sehingga 1500 jemaah.
    Selain berperanan sebagai tempat menunaikan solat, Masjid Sahaba ini juga turut menyediakan kemudahan lain seperti kelas bahasa Arab, ruang  kraf dan pameran, restoran, bilik teh, perpustakaan dan bilik wap. Bagi memastikan segala kemudahan ini dapat digunakan secara efisien, Masjid ini telah diletakkan dibawah tanggungjawab Union of Muslim Associations of Créteil.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 

 Grande Mosquée de Strasbourg (Masjid besar Starsbourg)

Pemandangan di hadapan Masjid Strasbourg
          Grande Mosquée de Strasbourg atau dikenali sebagai Masjid besar Strasbourg merupakan masjid besar yang dibina di kawasan Heyritz, bahagian selatan strasbourg. Masjid ini direka oleh seorang arketik Itali bernama Paolo Portoghesi. Pada asalnya, masjid ini direka dengan mempunyai menara, auditorium, dan ruang belajar yang besar, namun plan ini telah ditolak oleh Datuk bandar Strasbourg, Fabienne Keller iaitu orang yang bertanggungjawab meletakkan batu asas bagi pembinaan masjid ini pada 29th October 2004.
         Ia telah mula dibina pada tahun 2007 dengan kos pembinaan sebanyak 10.5 million euros ($13.5 million) di kawasan seluas 10,000 meter persegi.  Projek pebinaan masjid ini seringkali tertangguh beberapa kali akibat undang-undang yang menghalang pembiayaan daripada sumber kewangan asing. Pembiayaan untuk membina masjid ini diperolehi melalui sumbangan tempatan dan negara luar seperti Kuwait, Morocco, dan Arab Saudi. Masjid ini telah dirasmikan pada 27 september, 2012 oleh Manuel Valls iaitu Menteri Dalam Negeri Perancis.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |


Assalam Mosquee (Masjid Assalam)

Masjid Assalam
           Masjid ini terletak di bandar ke- 6 paling besar di Perancis iaitu di Nantes, selatan Perancis dan ianya telah direka oleh arketik yang bernama Elias Al-Aaedi. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun (2009-2012) dan setelah siap masjid ini dirasmikan oleh Abdullah Al-Darwish dan turut dihadiri oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Gebenor negeri Lorie Christian Galiar Dolavini, Datuk bandar Nantes Patrick Ramber, Senetor Michel Monnier dan Claire Jou, dan wakil daripada komuniti muslim Nantes.
           Masjid ini telah dibina di atas tanah seluas 3000 meter persegi yang ditawarkan oleh perbandaran di bandar ini, iaitu ketika Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault menjadi Datuk Bandar Nantes selama beberapa tahun sehingga beliau dilantik sebagai menteri. Masjid indah ini boleh menampung kira-kira 6000 orang jemaah, dan mendapat pembiayaan sebanyak $10 million daripada Bader Abdullah Al-Darwish.
Taman yang terdapat di kawasan masjid Assalam
        Dari segi seni bina, masjid ini mempunyai kubah yang berketinggian 14 meter, menara setinggi 17 meter, dan dihiasi dengan bulan perak pada bahagian atasnya. Mempunyai dua ruang yang berbeza iaitu Masjid “Masjid Asslam” dan pusat kebudayaan “pusat kebudayaan Abdullah Al-Darwish” yang terdiri daripada kelas, perpustakaan, bilik pelbagai guna, agensi pelancongan, restoran, dan 3 bilik studio yang digunakan untuk ceramah dan bilik menyambut tetamu. Kedua-dua kawasan ini dihubungkan oleh geleri dan dipisahkan oleh sebuah taman yang berkeluasan 20 meter.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 |

      Secara kesimpulannya, Institusi peribadatan telah memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Islam di negara ini. Peranan tempat ibadat ini bukan hanya sebagai tempat melakukan solat tetapi juga turut merangkumi aktiviti kemasyarkatan yang lain. Kepelbagaian aktiviti di institusi masjid ini telah berjaya menyatukan masyarkat Islam di Perancis. Selain itu, masjid ini juga menjadi medium untuk orang Islam menyebarkan dakwah dan menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam. 


Tuesday, 25 March 2014

ISLAM DI PERANCIS

Agama Islam merupakan salah satu agama yang mendapat perhatian serius daripada masyarakat di negara Perancis. Ini terbukti apabila masyarakat muslim di negara ini dianggarkan berjumlah 6.5 milion orang pada tahun 2013. Anggaran ini diperolehi melalui kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan statistik jumlah masyarakat Perancis yang berasal dari negara Islam.

Jika diteliti perkembangan Islam di negara ini, ia telah mula berkembang pesat sejak akhir abad ke-19 dan abad ke-20 lagi. Imigran Islam yang datang dari negara Maghribi, Libya, Mauritania dan lain-lain negara memainkan peranan penting dalam mengembangkan agama Islam ini di Perancis. Pada tahun 1960-an pula berlaku penghijarahan besar-besaran masyarakat Islam Arab yang bekerja sebagai  buruh di Benua Eropah khususnya di Perancis. Hal ini menambahkan lagi bilangan penduduk Islam di situ hingga mencapai 7 juta orang dan menjadikan Perancis sebagai negara yang mempunyai penganut Islam yang paling ramai di Eropah disusuli dengan negara German dan Britin. Selain itu, kehadiran buruh daripada negara Afrika dan sebahagian benua Asia juga turut mengembangkan lagi agama Islam di negara ini.

Dalam hal ini, kehadiran masyarakat muslim di Perancis telah menarik sebahagian besar masyarkat perancis yang beragama kristian untuk memeluk Islam dan ini menjadikan Islam semakin bertapak kukuh di Perancis. Perkembangan positif walau bagaimanapun memberikan kebimbangan kepada pihak pemerintah Perancis. Justeru itu, pelbagai sekatan dilakukan untuk mengurangkan pengaruh agama Islam di situ. Antara sekatan tersebut ialah melarang para imigran menyebarkan agama Islam, dan mengetatkan peraturan kemasukan buruh luar khususnya yang beragama Islam. Di samping itu, para muslimah juga dilarang mengenakan tudung di kawasan kerja dan institusi pendidikan.

Dalam hal ini, walaupun mendapat tentangan namun syair Islam tetap terus berkembang di Perancis hingga ke hari ini. Banyak Institusi dan organisasi Islam ditubuhkan bagi membantu masyarakat Islam di situ. Antara organisasi tersebut ialah Union Des Organisations Islamques De France (UOIF) atau dalam bahasa inggeris dikenali Union of Islamic Organisations of France . Ia merupakan organisasi Islam yang  utama bagi masyarakat Islam Perancis. Tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu masyarakat Islam Perancis dari segi agama, pendidikan, sosial, budaya, dan kemanusiaan. UOIF ini juga merupakan kesatuan utama bagi lebih 200 organisasi Islam.

Selain UIOF, terdapat juga institusi Islam lain yang ada di Perancis. Antaranya ialah Instiusi Pendidikan, peribadatan, dan Perbankan. Kesemua institusi ini telah memainkan peranan penting dalam pembangunan islam di Perancis hingga ke hari ini. 

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |

Tuesday, 18 March 2014

PENGENALAN NEGARA PERANCIS



Assalamualaikum w.b.t....

Apa khabar? Kami berharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam lindunganNya.
Amin. :)

Untuk entri kali ini, kami akan menceritakan serba sedikit mengenai Negara Perancis. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Oleh itu sebelum kami bercerita dengan lebih lanjut tentang Institusi Pembangunan Islam di negara ini adalah lebih baik sekiranya kita mengetahui dengan lebih dekat tentang latar belakang negara yang dikenali sebagai kota cinta ini.

1.     Profil Negara
      


Nama Lengkap  : Republik Perancis
Area    : 547,030 sq km (daratan: 545,630 sq km; air: 1,400 sq km) tidak termasuk teritori  luar/overseas territory
Populasi  : 63.4 juta
Ibukota  : Paris
Bahasa   : Perancis
Agama    : Kristien (Protestan, Katolik Roma, Katolik)
Mata wang  : Euro (1 Euro = 100 sen)
Ketua negara : Presiden Nicolas Sarkozy (UMP)
Perdana  Menteri  : M. François Fillon (UMP)
Eksport Utama  : produk pertanian termasuk anggur (wine)
GNI per Kapita  : US $38,500 (World Bank, 2007)


Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini 1 | 2 |

2.Bendera

Napoleon Bonaparte telah memperkenalkan bendera Negara Perancis pada tarikh 17 Mei 1853. Bendera ini memiliki tiga warna iaitu biru, putih, dan merah. Warna pada bendera ini telah diperkenalkan oleh Valéry Gerard d'Esting dan dilaksanakan pada tahun 1789 semasa Revolusi Perancis. Ketiga-tiga warna pada bendera ini mempunyai maknanya yang tesendiri iaitu biru melambangkan kebebasan (Liberté), putih melambangkan keseteraan (égalité), dan merah pula melambangkan persaudaraan (fraternité).                      

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |

3.     Kedudukan Geografi




      Negara ini bersempadan dengan negara German, Switzerland, dan Itali pada sebelah Timur, Teluk Biscay pada sebelah Barat, Selat Inggeris pada sebelah Utara, dan laut Mediterranean dan Spain pada sebelah Selatan. Masyarakat Perancis juga memanggil Perancis sebagai I’Hexagone (“The Hexagone”) kerana bentuk negara ini seakan-akan Hexagone. 




Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik Sini | 1 | 
                  

4.      Tempat Menarik

Antara tempat menarik yang ada di negara ini :

       1. Menara Eiffel



Menara Effiel
Menara Eiffel atau dikenali sebagai Tour Eiffel dalam bahasa perancis ini, merupakan sebuah menara besi yang dibina di atas Champ de Mers bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel ini merupakan bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbo lnegara Perancis. Nama menara ini diambil bersempena nama penciptanya iaitu Gustave Eiffel. Dibuka 

dengan rasminya pada 31 Mac 1889, Menara Eiffel yang memiliki ketinggian 300 meter (1,063 kaki) dan diatasnya terdapat 'Antena Televisyen' setinggi 24 m ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan. Selain digunakan untuk perlancongan Menara Eiffel juga dijadikan Menara Pemerhati. Untuk pengetahuan pembaca, menara ini memiliki 3 lif iaitu di aras bawah, tengah dan atas. Di sebalik binaan besinya, mercu tanda ini memiliki 1,710 anak tangga yang menjadikannya menara tertinggi di dunia sehingga 1931 sebelum pembinaan Empire State Building di New York, Amerika Syarikat. Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, Gustave Eiffel mendaki semua anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis. Biarpun hilang gelaran menara tertinggi dunia, Menara Eiffel diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO).

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 |

2. Arc de Triomphe (Pintu Gerbang Kemenangan)

Arc de Triomphe merupakan sebuah pintu gerbang yang berada ditengah-tengah kawasan Place Charles de Gaulle atau lebih dikenali sebagai Place de l'Étoile yang mana kawasan ini berada di hujung barat Champs Elysées. Arc de Triomphe ini dibina atas arahan Napoleon I yang bertujuan untuk menghargai kemenangan dan kejayaan tenteranya dalam peperangan. Struktur  binaan ini ini direka oleh Jean François Thérèse Chalgrin (1739-1811), dan siap sepenuhnya pada  tahun 1833 dan dirasmikan pada tahun 1836 oleh Raja Perancis iaitu Louis-Philippe. Reka bentuknya yang bersaiz sederhana besar iaitu 49.5 m (162 kaki) tinggi menggambarkan seni bina romantik neoklasik hasil binaan akhir abad ke-18. Pada Gerbang ini juga terdapat dua arca yang dibina bagi memperingati sejarah dua perang dunia yang meletus. Di bahagian atas arc ini pula diukir dengan nama-nama perang yang berlaku dan kejayaan yang diperolehi semasa era revolusi Perancis dan era Napoleon. Bagi kemenangan yang kurang penting dan nama 558 orang jeneral yang terlibat dalam perang ianya turut diukir pada bahagian di dalam Arc ini. Selain ukiran, terdapat juga muzium kecil yang diletakkan di dalam arc ini. Muzium ini menyimpan dokumen sejarah, reka bentuk arkitek dan binaan Pintu Gerbang tersebut.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 |

3. Champs-Élysées


Jalan Champs-Elysees
Avenue des Champs-Élysées merupakan salah satu jalan yang terdapat di Paris dan ia merupakan destinasi yang amat popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing untuk membeli-belah barang berjenama seperti pakaian, kasut, beg, dan perfume. Di sepanjang jalan Champs-Élysées ini terdapat deretan kedai mewah, cafe, Panggung wayang, dan teater yang disediakan bagi menarik orang ramai berkunjung di situ dan ia juga turut diserikan dengan tanaman pokok Aesculus hippocastanum atau lebih dikenali dengan nama horse-chestnut atau conker tree. 
Pemandangan Arc de Triomphe dari jalan Champs-Eleysees

Selain terkenal sebagai tempat untuk membeli-belah, jalan Champs-Élysées juga turut digunakan dalam menyambut hari-hari penting bagi negara Perancis, contohnya sambutan tahun baru, perarakan tentera, sambutan kemerdekaan, dan kemenangan dalam kejohanan bola sepak dunia. Di jalan ini juga terletaknya monumen bersejarah Perancis seperti Arc de Triomphe dan Place de le Concrode.


Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |

4. Muzium Lourve

                               Bahagian hadapan Muzium Lourve
Muzium Lourve ialah merupakan sebuah muzium yang menampatkan banyak karya seni dari seluruh dunia. Ia merupakan muzium yang paling besar di dunia dan menjadi salah satu tarikan pelancongan bagi negara Perancis. Muzium ini terletak di Rive Droite Seine, 1st Arondisemen di Paris, Perancis. Hampir 35.000 objek dari zaman prasejarah hingga abad ke-19 dipamerkan di kawasan seluas 60.600 meter persegi ini dan ia telah dibuka pada 10 ogos 1793. Untuk memasuki muzium ini, pengunjung boleh memilih samaada masuk melalui piramid, Carrousel du Lourve (mall bawah tanah), atau Porte des Lions (hujung barat bahagian denon wing)
               Seni bina Muzium Lourve pada abad ke-15
Pada asalnya, Muzium ini merupakan sebuah istana Louvre yang dibina pada abad ke-21 iaitu semasa pemerintahan Philip II untuk dijadikan kubu. Tinggalan kubu-kubu ini masih boleh dilihat di ruang bawah tanah muzium Lourve. Istana ini telah dibina secara berperingkat di mana pembinaan terawal telah dilakukan pada kurun ke-12 oleh Raja Philip II. Perubahan demi perubahan telah dilakukan ke atas istana ini hinggalah pada bentuk yang wujud pada masa kini. Piramid Lourve juga turut di bina pada tahun 1989 bagi menambahkan tarikan pada muzium ini dan ia berfungsi laluan utama muzium.
Koleksi yang dipamerkan di Muzium ini dibahagikan kepada 8 bahagian iaitu koleksi Mesir kuno, koleksi objek purbakala, Yunani, Etruskan, Romawi, Seni Islam, Patung, Seni Dekoratif, Seni Lukis, Cetakan dan Seni Gambar. Kesemua koleksi ini ditempatkan di 3 bahagian utama muzium Lourve iaitu bahagian Sully wing,  Richelieu wing, dan Denon wing.
       Richelieu wing
Bahagian Sully wing merupakan bahagian yang paling lama dalam muzium Lourve. Di tingkat 2 bahagian ini telah koleksi lukisan dan cetakan Perancis,  tingkat 1 dan bahagian bawah tanah pula menempatkan koleksi barang antik. 30 bilik di bahagian ini digunakan untuk meletakkan barang-barang dan ukiran antik mesir purba dari negara mesir, contohnya patung besar Firaun Ramesses II. Di bahagian ini juga, pengunjung boleh melihat tinggalan kubu istana Lourve. 
contoh-contoh arca yang dipamerkan
Bagi lukisan zaman pertengahan hingga abad ke-19 dari seluruh Eropah, ianya telah diletakkan di tingkat 2 bahagian Richelieu wing. Tingkat 1 pula menempatkan koleksi seni hiasan, dengan objek seperti jam, perabot, tembikar, permaidani, dan ruang mewah yang wujud pada zaman Napoleon III. Pada tingkat 1 dan kawasan bawah tanah pula diletakkan arca dan koleksi barangan antik dari timur tengah. Di bahagian Denon wing pula, telah diletakkan lukisan popular seperti Lukisan Mona Lisa yang telah dilukis oleh Leonardo da vinci. Tingkat bawah bahagian Denon pula menempatkan koleksi muzium antik Rom dan Etruscan dan juga koleksi ukiran dari Renaissance abad ke-19. 8 bilik juga turut digunakan bagi memaparkan artifak dari  Afrika , Asia, Oceania dan Amerika. Ukiran zaman pertengahan dari Eropah dipaparkan pada tingkat bawah bahagian ini.

Untuk Keterangan Lanjut | Sila Klik Sini | 1 | 2 | 3 | 4 |